CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 493|Reply: 0

[Melaka] 'Jika lemas, semoga jasadnya timbul, jika diambil orang, tolong pulangkan'

[Copy link]
Post time 26-11-2023 10:44 AM | Show all posts |Read mode

Orang awam membantu mencari Muhammad Danish Mohd Faizal. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad

Melaka: "Jika betul anak saya lemas, semoga jasadnya timbul, jika diambil orang, tolonglah pulangkan," kata Nor Amiza Che Kar,28, mengenai anaknya, Muhammad Danish Mohd Faizal, 2, yang hilang disyaki terjatuh di dalam parit di tepi Jalan Bukit Baru, Taman Goodwood, di sini, petang semalam.

Kehilangan anak ketiga daripada empat beradik itu disedarinya jam 3.30 petang ketika sedang membungkus nasi kerabu pelanggan dalam keadaan cuaca hujan lebat.

Nor Amiza berkata, sebelum kejadian, dia memerhatikan Muhammad Danish dan kakaknya yang berusia empat tahun bermain hujan di tepi gerai jualannya, sebelum menyuruh mereka memasuki kereta dipakir di belakang untuk menukar pakaian.

"Saya perhatikan kedua-dua anak selamat melangkah longkang dan masuk ke dalam kereta sebelum muncul seorang pelanggan membeli 10 bungkus nasi kerabu.



"Selepas saya dan suami, Mohd Faizal Maarop, 38, selesai membungkus nasi kerabu ditempah, saya menoleh ke belakang dan melihat anak perempuan turun dari kereta, namun Muhammad Danish tidak kelihatan.

"Bila saya tanya, dia tidak tahu di mana adiknya menyebabkan saya dan suami terkejut dan segera mencari di sekitar namun tidak menjumpainya," katanya dalam nada sebak.

Menurut Nor Amiza yang berasal dari Pengkalan Chepa, Kelantan, dia dan suaminya kemudian mencari anak mereka di longkang di hadapan gerainya, selepas terpandang selipar Muhammad Danish di atas rumput berhampiran.

"Suami turut meranduk dan menyelam di dalam longkang itu yang dipenuhi air dan berarus deras, namun gagal menemui anak kami.

"Kami kemudian membuat laporan di Balai Polis Bukit Baru dan anggota bertugas turut membantu menghubungi bomba.

"Sudah tiga tahun kami berniaga nasi kerabu dan tidak menyangka diuji sebegini," katanya dihubungi sambil memaklumkan anaknya memakai baju-T berwarna biru dan berseluar putih biru semasa kejadian.

Setakat 11.30 tengah malam tadi, pencarian terus dilakukan oleh puluhan orang awam selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) di air dihentikan sementara oleh pasukan bomba pada jam 8 malam.

SAR disambung semula pagi ini.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ng-tolong-pulangkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190225 Replies : 6961
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 111759 Replies : 4867
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24747 Replies : 112
Fasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wanita Kuat
RalineFasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wan
Views : 29710 Replies : 85
Faridah Daud ada di Perak, Polis dah jumpa wanita dakwa bakal kahwini Tengku Hassanal
RalineFaridah Daud ada di Perak, Polis dah jum
Views : 38397 Replies : 93
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18385 Replies : 13
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67003 Replies : 475
Jurassic World: Rebirth (2025)
pisanggorengJurassic World: Rebirth (2025)
Views : 11108 Replies : 2
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 34085 Replies : 788
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 21384 Replies : 139

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.047553 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list