CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1714|Reply: 0

[Perak] JKM Perak kesan ibu bapa tinggalkan 4 anak di Kampung Gajah

[Copy link]
Post time 25-11-2023 03:34 PM | Show all posts |Read mode

EMPAT beradik yang ditinggalkan di sebuah pondok pengawal di hadapan Kompleks Pentadbiran Perak Tengah kelmarin.

BUKIT GANTANG – Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak masih lagi mengesan ibu bapa kepada empat kanak-kanak yang ditinggalkan bapa mereka di hadapan Kompleks Pentadbiran Perak Tengah di Kampung Gajah semalam.

Pengarah JKM Perak, Nor Tipah Majin berkata, pihaknya memberi perhatian secara khusus kepada hal ehwal kanak-kanak tersebut.

“JKM telah mengambil beberapa tindakan termasuk mengesan ibu bapa mereka.

“Pada masa ini kanak-kanak itu sedang menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan mereka benar -benar sihat dan berdasarkan pemerhatian awal, mereka berada dalam keadaan baik,” katanya.


Nor Tipah (empat dari kiri)menyampaikan pingat kepada murid -murid sekolah yang memenangi pertandingan yang diadakan di SK Sungai Tinggi hari ini. – Foto oleh WAT KAMAL ABAS / KOSMO!

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai merasmikan Program Sambutan Hari Kanak -kanak Kebangsaan Peringkat Negeri Perak di Sekolah Kebangsaan Sungai Tinggi di sini hari ini.

Nor Tipah berkata, pihak JKM juga membuat semakan berkaitan kanak-kanak itu yang mana dikatakan tiga daripadanya tidak mempunyai sebarang dokumen.

“Kita sedang mengambil langkah mengenal pasti secara mendalam mengenai maklumat berkaitan keluarga kanak -kanak itu.

“Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh lapisan masyarakat yang menunjukkan keprihatinan terhadap kanak -kanak ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... k-di-kampung-gajah/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.613968 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list