CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 747|Reply: 0

[Terengganu] Kami bertiga terjun bersama, tapi Jomil tidak timbul

[Copy link]
Post time 23-11-2023 11:06 AM | Show all posts |Read mode

MAYAT remaja etnik Rohingya yang lemas ditemui pasukan mencari dan menyelamat. FOTO Nazdy Harun

Marang: Remaja lelaki etnik Rohingya lemas selepas mandi bersama dua lagi rakannya di sebuah tali air dekat Kampung Sena Rendang, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Razman Setapa, berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada 6.06 petang.

Menurutnya, mayat Mohamad Jomil Hairul Amin, 15, ditemui pasukan penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) selepas dua jam operasi mencari dan menyelamat dijalankan.

Katanya, remaja yang beralamat di Kampung Kubang Panjang, Kuala Terengganu itu dijumpai jam 7.45 malam pada jarak 20 meter dari lokasi mereka mandi pada kedalaman tiga meter.


"Mangsa bersama dua lagi rakannya ke lokasi kejadian untuk mandi," katanya.

Menurutnya, kes tidak diklasifikasi sebagai korban banjir walaupun berlaku dalam musim tengkujuh dan banjir kerana ia bukan kawasan berlakunya banjir.

Sementara rakan mangsa, Hamid Zaki Ahmad, 17, berkata, kejadian berlaku hanya kurang lima minit selepas mereka mandi di tali air terbabit.

Menurutnya, mereka ke tali air itu menaiki dua motosikal dan tiba kira-kira 6 petang sebelum mendapati ada orang awam lain mandi di kawasan itu.

"Saya dan rakan pernah ke tali air ini untuk mandi sebelum ini, namun ketika cuaca cerah.

"Sebaik tiba kami bertiga terus terjun ke dalam tali air namun mangsa tidak timbul sebelum saya ternampak tangan mangsa dan mencapainya.

"Saya cuba menariknya ke permukaan air tetapi gagal kerana badan saya kecil, menyebabkan saya juga nyaris lemas sebelum genggaman tangan kami terlepas.

"Orang ramai yang berada di lokasi kemudian menghubungi pasukan penyelamat dan meminta pertolongan berikutan keadaan semakin gelap dan berbahaya," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -jomil-tidak-timbul

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.266283 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list