CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4444|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 2,502 mangsa banjir di tiga negeri

[Copy link]
Post time 21-11-2023 06:59 PM | Show all posts |Read mode

PENDUDUK menolak motosikal yang terkandas banjir ketika tinjauan di Kampung Alor, Surau Panjang, Terengganu. FOTO Ghazali Kori

Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir di tiga negeri terus meningkat kepada 2,502 mangsa berbanding 1,866 orang yang direkodkan tengah hari tadi.

Setakat 3.50 petang ini, portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan, seramai 2,502 mangsa daripada 680 keluarga ditempatkan di 26 pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Kelantan dan Terengganu.

Seramai 2,391 mangsa daripada 649 keluarga berlindung di 23 PPS di Terengganu.

Di Kelantan pula, dua PPS dibuka bagi menempatkan 72 mangsa daripada 17 keluarga.



Selain itu, seramai 39 mangsa daripada 14 keluarga di Perak mendapatkan perlindungan sementara di sebuah PPS yang dibuka di negeri itu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah memaklumkan, pihaknya mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Kelantan dan Terengganu berkuat kuasa sehingga Jumaat ini.

"Amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak berkuat kuasa sehingga Khamis ini.

"Selain itu, amaran hujan berterusan tahap waspada juga dikeluarkan untuk Kelantan dan Pahang berkuat kuasa sehingga Jumaat ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... njir-di-tiga-negeri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196099 Replies : 4540
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30358 Replies : 178
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7461 Replies : 39
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103984 Replies : 2888
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92757 Replies : 166
Guru lolipop pelajar sedang tidur didakwa.Apakah yang telah berlaku?
YgBenarGuru lolipop pelajar sedang tidur didakw
Views : 7203 Replies : 26
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16474 Replies : 50
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7777 Replies : 55
Novel yang berbekas di hati anda
fahdramliNovel yang berbekas di hati anda
Views : 57255 Replies : 182
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik... UPDATE #45: latar belakang syarikat2 bermasalah siap ada tindakan tatatertib
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 5408 Replies : 54

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.063734 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list