CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4348|Reply: 1

[Dunia] Warga AS diharam masuk ke Filipina kerana tulis perkataan kesat pada borang imigresen

[Copy link]
Post time 19-11-2023 07:45 PM | Show all posts |Read mode
Warga AS diharam masuk ke Filipina kerana tulis perkataan kesat pada borang imigresen

https://www.bharian.com.my/dunia ... n-kesat-pada-borang

November 19, 2023 @ 7:33pm


Kira-kira 44 pelancong telah dilarang memasuki Filipina setakat ini pada 2023 kerana menyalahgunakan pegawai imigresen. - Foto AFP​

MANILA: Filipina mengenakan larangan terhadap seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) daripada memasuki negara itu seumur hidup kerana menulis perkataan yang menyinggung perasaan pada borang imigresen digital negara itu dan bersikap biadab terhadap pegawai imigresen.

Lelaki berkenaan, Anthony Joseph Laurence "memasukkan alamat yang dibuat-buat di Filipina, tidak memasukkan nama penuhnya dan memasukkan perkataan yang tidak senonoh dalam borang kemasukannya", kata Pesuruhjaya Imigresen, Norman Tansingco dalam kenyataan.

Tansingco tidak menyatakan apakah perkataan tidak senonoh yang ditulis Laurence pada borang itu, namun berkata warga AS berusia 34 tahun, yang terbang dari Bangkok itu "melampaui batas".

Filipina memansuhkan borang perjalanan bercetak, sebaliknya memerlukan pengembara untuk mengisi kad e-perjalanan sekurang-kurangnya 72 jam sebelum ketibaan dan pelepasan mereka dari Filipina.

Laurence juga menunjukkan "penghinaan" kepada seorang pegawai imigresen selepas diberitahu supaya mengisi borang perjalanan secara dalam talian sebelum dibenarkan masuk ke Filipina.

Dia melemparkan telefon dan pasportnya ke arah pegawai berkenaan.

"Tingkah laku sedemikian bukan saja tidak menghormati tetapi juga menjejaskan kecekapan sistem," kata Tansingco.

Laurence, yang mendakwa sebagai seorang pelabur hartanah, mempertikaikan kenyataan kerajaan Filipina mengenai kelakuannya.

Dia memberitahu CNN Filipina, dia berasa kecewa apabila gagal mendapatkan aplikasi yang diperlukan untuk memasukkan rekod perjalanannya untuk bekerja walaupun mencuba tiga kali, dan permintaannya untuk mendapatkan bantuan daripada pegawai imigresen ditolak.

Dalam temubual berasingan dengan Business Insider, Laurence mengakui memasukkan perkataan kesat pada borang imigresen itu, namun mendakwa sudah meminta maaf.

"Saya memasukkan kata-kata kasar ke dalam borang yang tidak ditujukan kepada sesiapa.

"Saya melakukan kesilapan kerana tidak mengisi borang dengan betul tetapi saya tidak percaya kesilapan ini menyebabkan seseorang itu diharamkan, disenaraihitamkan secara kekal," katanya.

Dia juga menafikan melemparkan pasport dan telefonnya kepada pegawai imigresen.

"Itu satu pembohongan. Saya membalikkan telefon saya supaya dia dapat melihat kod QR," katanya.

Laurence berkata, dia pernah tinggal di Cebu, sebuah bandar yang terletak 563 kilometer (km) ke tenggara Manila selama dua tahun, di mana dia memiliki hartanah di sana dan keluar masuk ke Filipina sebanyak enam atau tujuh kali.

Pada 2019, lebih lapan juta pelancong melawat Filipina dan daripada jumlah itu, 180 warga asing, termasuk 10 warga AS, dilarang memasuki negara itu kerana tidak menghormati dan menghina pegawai imigresen. - AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2023 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Cash lah..
Ingat.semua orang dok nak sembah2 omputih ka?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.067885 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list