CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3013|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kereta jadi tempat simpan dadah, 6 lelaki ditahan

[Copy link]
Post time 17-11-2023 02:25 PM | Show all posts |Read mode
Kereta jadi tempat simpan dadah, 6 lelaki ditahan


Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



V SARAVANAN ( tengah) menunjukkan antara dadah jenis heroin, syabu dan pil erimin 5 yang dirampas selepas menumpaskan sindiket pengedaran dadah ketika sidang media di IPD Timur Laut . FOTO Danial Saad




Georgetown: Seramai enam individu termasuk seorang wanita ditahan menerusi tiga serbuan berasingan yang dijalankan di sekitar Georgetown, Selasa lalu, kerana disyaki terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah.

Malah sindiket itu turut menjadikan kereta sebagai tempat penyimpanan dadah bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Serbuan yang dijalankan menerusi Op Tapis itu dilakukan sekitar jam 11.20 pagi hingga 3.45 petang membabitkan pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.

Pemangku Daerah Timur Laut, Superintendan V Saravanan berkata, serbuan pertama dilakukan di sebuah pangsapuri di Taman Seri Damai, Jelutong yang membawa kepada penahanan seramai empat individu termasuk seorang wanita.

Katanya, pemeriksaan yang dijalankan di dalam kediaman itu menemukan sebanyak dua paket dadah jenis heroin, satu paket syabu serta empat pil Erimin 5.

"Berpandukan maklumat daripada seorang suspek, polis kemudian melakukan serbuan di parkir kereta di kawasan sama sebelum menahan dua lagi lelaki.

"Pemeriksaan lanjut di dalam kereta jenis Honda Civic di kawasan parkir itu pula menemukan sebanyak dua lagi paket heroin seberat 228 gram.

"Susulan itu, pemeriksaan kemudian dilakukan ke atas sebuah kereta Perodua Kancil di tepi jalan Persiaran Bukit Gambir 1, Gelugor yang membawa kepada penemuan sembilan paket heroin seberat 4.1 kilogram," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Saravanan berkata, hasil siasatan mendapati semua suspek berusia 21 hingga 42 itu menjadikan kereta berkenaan sebagai tempat penyimpanan dadah sebelum diedarkan kepada penagih.

Katanya, siasatan lanjut juga mendapati sindiket berkenaan aktif sejak bulan lalu.

"Semua suspek masing-masing tidak mempunyai hubungan kekeluargaan sebaliknya hanya kenalan yang terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah itu.

"Semakan juga mendapati mereka mempunyai rekod lampau berkaitan dadah serta jenayah dan mereka direman tujuh hari sehingga 21 November ini," katanya lagi.

Turut dirampas dalam serbuan itu ialah kereta jenis Mercedes Benz, tiga buah motosikal, pelbagai jenis barang kemas serta wang tunai RM6,050.

"Keseluruhan jumlah rampasan dadah dan sitaan bernilai RM135,021 dan kes disiasat mengikut Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.



Disiarkan pada: November 17, 2023 @ 2:15pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.067381 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list