View: 881|Reply: 0
|
EPL: Dua bintang Manchester United masuk bilik rawatan
[Copy link]
|
|
HOJLUND gagal menamatkan aksi ketika menentang Luton apabila berdepan masalah hamstring dan berdepan kemungkinan terlepas aksi selama sebulan. - AFP
MANCHESTER – Manchester United berkemungkinan besar kehilangan khidmat dua pemainnya, Christian Eriksen dan Rasmus Hojlund untuk tempoh yang panjang selepas dua bintang Denmark itu mengalami kecederaan ketika menentang Luton.
Eriksen mengalami kecederaan lutut, manakala Hojlund berdepan masalah hamstring, sekali gus menyebabkan kedua-duanya digugurkan daripada skuad Denmark menentang Slovenia dan Ireland Utara bulan ini.
Jika terpaksa disisihkan selama sebulan, mereka berdua akan terlepas empat aksi EPL menentang Everton (27 November), Newcastle United (3 Disember), Chelsea (7 Disember) dan Bournemouth pada 9 Disember.
Selain itu, Eriksen dan Hojlund juga mungkin terlepas dua aksi Liga Juara-Juara menentang Galatasaray (30 November) dan Bayern Munich pada 13 Disember.
Dalam pada itu, Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag dilaporkan sedia menanggung kerugian dengan menjual Antony walaupun kurang 18 bulan selepas membeli pemain sayap itu dari Ajax pada Ogos tahun lalu.
Antony tiba di Old Trafford dengan harga bernilai £85 juta (RM492 juta), tetapi gagal menghadirkan impak hebat dan sekadar menjaringkan lapan gol daripada 55 penampilan dalam semua kejohanan sejak musim lalu.
Lebih malang, pemain berusia 23 tahun itu bergelut menjaringkan gol atau mencipta sebarang bantuan jaringan daripada lapan aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Difahamkan, selain Antony, Ten Hag juga mahu menjuala dua lagi bintangnya, Anthony Martial serta Jadon Sancho pada jendela perpindahan Januari depan bagi meraih dana untuk membeli pemain baharu. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... asuk-bilik-rawatan/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|