CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3039|Reply: 0

[Perak] Banjir: 265 mangsa ditempatkan di enam PPS di Perak

[Copy link]
Post time 14-11-2023 10:25 AM | Show all posts |Read mode

PPS Kampung Sri Kinta di Ipoh.

IPOH – Seramai 265 mangsa banjir melibatkan 78 buah keluarga kini ditempatkan di enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di empat buah daerah di negeri ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan, seramai 142 mangsa banjir dari 41 buah keluarga ditempatkan di dua buah PPS di Hilir Perak iaitu PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak (113 mangsa) dan Dewan Serbaguna Chikus (34 mangsa).

Di Kerian pula, katanya, seramai 80 mangsa dari 27 buah keluarga ditempatkan di dua buah PPS iaitu Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak (23 mangsa) dan Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu (57 mangsa).

“Sebanyak 24 orang mangsa dari lapan buah keluarga di Hulu Perak pula kini ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Gerik,” katanya di sini hari ini.

JPBN Perak turut memaklumkan, di Kinta pula, PPS Dewan Orang Ramai Kg. Sri Kinta diguna pakai untuk menempatkan 19 orang mangsa dari enam buah keluarga.

Sementara itu, laporan JPBN Perak menunjukkan hujan dijangka turun di semua daerah di negeri ini pada tengah hari ini sehingga waktu malam, kecuali Bagan Datuk yang mana hujan diramalkan tidak berlaku pada waktu malam. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... -enam-pps-di-perak/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.053499 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list