CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2835|Reply: 0

Neymar selamat jalani pembedahan lutut

[Copy link]
Post time 14-11-2023 10:17 AM | Show all posts |Read mode

Neymar cedera di lutut kiri ketika mewakili Brazil dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 bulan lalu. - Foto AGENSI

SAO PAULO: Neymar menunjukkan reaksi positif selepas pembedahan lutut tetapi doktor belum pasti bila penyerang Brazil dan Al-Hilal akan kembali beraksi.

Pemain 31 tahun itu cedera di lutut kiri ketika mewakili Brazil dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 bulan lalu.

Kecederaan ACL memerlukan tempoh lapan hingga ke 10 bulan untuk pulih.

Doktor pasukan Brazil, Rodrigo Lasmar berkata, Neymar komited untuk kembali pulih dan cergas sepenuhnya.



"Dari awal lagi dia menunjukkan yang dia mengikut apa yang kami cadangkan," kata Lasmar.

Neymar terpaksa diusung keluar ketika kekalahan 2-0 Brazil di tangan Uruguay selepas terjatuh di babak pertama.

Dia berpindah ke kelab Liga Pro Saudi, Al-Hilal pada jendela perpindahan musim panas lalu dari Paris Saint-Germain, tetapi hanya bermain lima perlawanan kerana kecederaan otot. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... ni-pembedahan-lutut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.047282 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list