|
KOSOVO tewaskan Israel 1-0. -FOTO AFP
Pristina, Kosovo: Peluang Israel untuk mara ke pusingan akhir Kejohanan Eropah hampir tertutup selepas tewas 0-1 kepada Kosovo dalam perlawanan kelayakan yang tertangguh.
Ia adalah perlawanan bola sepak pertama untuk Israel sejak mereka melakukan serangan pada 7 Oktober dengan perang yang berterusan di Gaza.
Perlawanan berkenaan pada asalnya dijadualkan pada 15 Oktober tetapi ditangguhkan.
Konvoi pasukan Israel ke stadium juga dikawal rapi semasa ia melalui bandar.
"Kami melihat adegan dengan kanak-kanak, dan kami sendiri pernah mengalami peperangan," Driton Ajeti, seorang peguam berusia 37 tahun.
"Kami menentang peristiwa yang kami saksikan, tetapi hari ini kami datang untuk sukan bola sepak dan segala-galanya diputuskan di tempat lain."
Milot Rashica menjaringkan gol tunggal pada minit ke-41. Dia mengawal bola di kawasan gawang dan berjaya melakukan rembatan kencang yang tidak dapat dihalang oleh penjaga gol Israel, Omri Glazer.
Peluang terbaik Israel datang pada minit ke-34 menerusi tandukan jarak dekat dari Eran Zahavi. Penjaga gol Arijanet Muric kemudiannya berjaya menyelamatkan sepakan daripada pemain Israel, Oscar Gloukh sembilan minit sebelum tamat.
Israel terpaksa bermain 10 pemain pada minit kelima masa kecederaan separuh masa kedua selepas Roy Revivo dilayangkan kad kuning kedua.
Kosovo di tempat keempat mempunyai 10 mata dalam Kumpulan I, satu mata di belakang Israel di tempat ketiga.
Tetapi Israel ketinggalan lima mata di belakang pendahulu Romania yang bermain lebih satu perlawanan dan empat mata di belakang Switzerland. Dua pasukan teratas layak secara automatik ke Euro 2024 di Jerman.
"Kami kecewa kerana kami tidak dapat memberikan sedikit kegembiraan atau senyuman untuk penyokong kami di rumah," kata jurulatih Israel, Alon Hazan selepas perlawanan.
"We are more disappointed because we cannot give some happiness or (a) smile for our people at home," Israel coach Alon Hazan said after the game.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|