CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 369|Reply: 0

Jorginho, Chiesa kembali bersama Azzurri

[Copy link]
Post time 11-11-2023 01:07 PM | Show all posts |Read mode

Luciano Spalletti memanggil semula Jorginho dan Federico Chiesa dalam skuad bagi dua aksi kelayakan terakhir Euro 2024. – Foto REUTERS

ROME: Jurulatih Itali, Luciano Spalletti memanggil semula Jorginho dan Federico Chiesa semalam ketika juara Eropah itu berdepan dua perlawanan penting pada kelayakan Euro 2024.

Sesudah mengemudi Napoli menjuarai Serie A musim lalu, Spalletti mengambil alih daripada Roberto Mancini pada Ogos lalu dengan Itali di tangga ketiga Kumpulan C di belakang England dan Ukraine.

Itali akan berdepan Macedonia Utara di Rome pada 17 November dan Ukraine tiga hari kemudian di Jerman dan memerlukan empat mata daripada dua perlawanan itu untuk layak.

Pemain tengah Jorginho, yang mengumpul 48 cap, kali terakhir menyarung jersi Azzurri pada Jun lalu.



Pemain berusia 31 tahun itu, yang gagal menyempurnakan dua sepakan penalti menyebabkan Itali gagal layak ke Piala Dunia 2022, dipanggil semula selepas permulaan cemerlang musim ini bersama Arsenal.

Chiesa terlepas dua aksi terakhir Itali, kemenangan 4-0 ke atas Malta dan kekalahan 3-1 kepada England di Wembley kerana masalah kecederaan paha.

Penyerang Juventus dengan 42 cap itu dipanggil semula sekalipun hanya menjaringkan empat gol musim ini bersama Juventus.

Spalletti menyenaraikan dua muka baharu dengan pertahanan Juventus, Andrea Cambiaso dan pemain tengah Monza, Andrea Colpani melengkapkan senarai 29 pemain.

Untuk mengukuhkan benteng pertahanannya, pemain AC Milan, Davide Calabria turut menerima panggilan pertamanya sejak Jun 2022 selepas memukau ketika kemenangan ke atas Paris Saint-Germain dalam Liga Juara-Juara Selasa lalu.

Spalletti turut memanggil penyerang Giacomo Raspadori dan Gianluca Scamacca yang cemerlang bersama Napoli dan Atalanta. Bagaimanapun penyerang Lazio, Ciro Immobile diketepikan. – AFP

SKUAD ITALI

Penjaga gol: Gianluigi Donnarumma (Paris Saint-Germain/FRA), Alex Meret (Napoli), Ivan Provedel (Lazio), Guglielmo Vicario (Tottenham/ENG).

Pertahanan: Francesco Acerbi (Inter Milan), Alessandro Bastoni (Inter Milan), Alessandro Buongiorno (Torino), Davide Calabria (AC Milan), Andrea Cambiaso (Juventus), Matteo Darmian (Inter Milan), Giovanni Di Lorenzo (Napoli), Federico Dimarco (Inter Milan), Federico Gatti (Juventus), Rafael Toloi (Atalanta).

Pemain tengah: Nicolo Barella (Inter Milan), Giacomo Bonaventura (Fiorentina), Andrea Colpani (Monza), Bryan Cristante (AS Roma), Davide Frattesi (Inter Milan), Jorginho (Arsenal/ENG), Manuel Locatelli (Juventus).

Penyerang: Domenico Berardi (Sassuolo), Federico Chiesa (Juventus), Stephan El Shaarawy (AS Roma), Moise Kean (Juventus), Matteo Politano (Napoli), Giacomo Raspadori (Napoli), Gianluca Scamacca (Atalanta), Nicolo Zaniolo (Aston Villa/ENG).
https://www.bharian.com.my/sukan ... ali-bersama-azzurri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.089424 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list