CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1086|Reply: 0

[Perlis] Orang Malaysia serbu Thailand

[Copy link]
Post time 11-11-2023 12:45 PM | Show all posts |Read mode

Deretan kenderaan menghala pintu masuk ICQS Bukit Kayu Hitam ke Thailand sempena cuti Deepavali. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN / KOSMO!

BUKIT KAYU HITAM – Orang ramai dari seluruh negara mula memasuki Thailand hari ini untuk bercuti sempena perayaan Deepavali, esok.

Tinjauan sekitar Lebuh Raya Bukit Kayu Hitam sehingga ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini mendapati aliran trafik sesak dengan pelbagai jenis kenderaan persendirian termasuk bas persiaran bermula pukul 6 pagi.

Menurut seorang kakitangan swasta, Azman Ali, 51, dari Pulau Pinang, dia memilih Thailand untuk bercuti kerana kosnya lebih murah daripada bercuti di tempat lain termasuk dalam negara.

“Saya datang dengan rombongan seramai 40 orang terdiri daripada rakan sekerja saya bersama keluarga masing-masing. Kami akan ke Satun dan kawasan sekitar selama tiga hari.

“Kos bercuti di Thailand sangat murah, saya hanya perlu menyediakan sebanyak RM350 seorang siap dengan pengangkutan dan penginapan. Makanan tak perlu risau kerana sangat murah,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Nurul Hidayahtul Akmar Salihan, 36, dari Ipoh Perak, dia bersama suami, Mohd. Firdaus Mat Salleh, 35, memilih untuk bercuti bersama anggota kelab bermotosikal tinggi, Couple Bikers ke Pak Bara, Satun selama dua hari.

“Kami pasangan suami isteri datang dengan tujuh motosikal. Ini bukan kali pertama kerana kelab kami memang suka ke Thailand kerana kosnya lebih murah malah daripada bercuti dalam negara sendiri.

“Untuk setiap trip kami hanya perlu sediakan kira-kira RM500 sahaja itu pun kami sudah mampu menginap di hotel bertaraf empat bintang. Makanan pun sangat murah dan sedap. Beberapa bulan lepas kami ke Yala,” katanya.

Katanya, mereka tidak berniat untuk meminggirkan tempat percutian dalam negara, namun aktiviti bercuti di situ agak terhad.

Sementara itu menurut Alice Sun, 45, dari Kuala Lumpur, dia bersama lima anggota keluarga memilih untuk bercuti di Hatyai sempena cuti ini.

“Kami bertolak dari rumah di Cheras, semalam dan singgah di rumah ibu bapa saya di Sungai Petani dahulu sebelum bertolak ke sana. Kami akan bercuti tiga hari di sana.

“Kami pilih Hatyai sebab mudah dan murah di sana termasuk makanan. Selalunya kami akan belanja sekitar RM1,000 sahaja untuk lima beranak. Kalau beli-belah mungkin lebih sikit. Walaupun mata wang sana agak tinggi tetapi masih murah,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... sia-serbu-thailand/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.102735 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list