View: 861|Reply: 0
|
Liga Europa: Klopp berang tuduh VAR ‘curang’
[Copy link]
|
|
LIVERPOOL dikejutkan dengan kekalahan kepada Toulouse sekali gus terpaksa menangguhkan hasrat mereka untuk layak lebih awal. - AFP
LIVERPOOL – Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp ternyata berang apabila harapan pasukan untuk melakar keputusan seri tidak kesampaian selepas tewas 2-3 kepada kelab Perancis, Toulouse pada aksi Liga Europa awal pagi semalam.
Pada perlawanan itu, skuad The Reds sepatutnya meraih keputusan seri tetapi jaringan penyamaan yang dilakukan oleh pemain muda, Jarell Quansah telah dibatalkan hasil keputusan video bantuan pengadil (VAR).
Kata Klopp, keputusan VAR sangat mengecewakan selepas mendakwa hantaran yang sebelum itu dilakukan oleh Alexis Mac Allister terkena tangan sedangkan situasi sebaliknya yang berlaku.
“Saya sudah menyaksikan rakaman semula dan ia tidak sepatutnya dibatalkan kerana bola terkena dada, bukan tangan Mac Allister. Namun, siapalah saya untuk menghalang keputusan tersebut.
“Cuma, saya tidak mahu terlalu memikirkan tentang kekalahan ini sebaliknya apa yang lebih penting barisan pemain gagal tampilkan prestasi yang diharapkan dengan aksi yang agak teruk,” kata pengendali import dari Jerman itu.
Sementara itu, pengendali Toulouse, Carles Martinez Novell mengakui anak-anak buahnya beraksi dengan lebih baik dan sememangnya layak untuk melakar kemenangan pada perlawanan kali ini.
“Daripada aspek komitmen, pasukan kami tampil dengan lebih cemerlang berbanding lawan. Malah, pujian wajar diberikan kepada pemain saya kerana Liverpool masih turunkan bintang mereka seperti Mohamed Salah dan Trent Alexandre-Arnold,” katanya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... g-tuduh-var-curang/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|