CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1365|Reply: 0

[Kedah] Pesara tentera tawar khidmat gunting rambut budak sekolah RM3

[Copy link]
Post time 11-11-2023 08:54 AM | Show all posts |Read mode
Pesara tentera tawar khidmat gunting rambut budak sekolah RM3

oleh SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
  11 November 2023   07:10am








Harga yang ditawarkan Razali kepada pelanggan kedai gunting rambut miliknya.



SUNGAI PETANI - Seorang pesara tentera di Taman Desa Aman, Sungai Lalang di sini, berbesar hati menawarkan harga gunting rambut budak sekolah dengan hanya RM3 seorang.

Malah, Razali Kamis, 61, menjelaskan, harga gunting rambut pelajar sekolah menengah pula ditawarkan dengan hanya RM4 seorang manakala dewasa hanya RM5 seorang.



Berpengalaman lebih 40 tahun menggunting rambut pelanggan, beliau menjelaskan, keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat selain membantu keluarga yang mempunyai anak ramai, adalah keutamaan.

"Gunting rambut bukan nak kaya tetapi nak bantu masyarakat...saya dah ada pencen, cukuplah, Alhamdulillah.


"Kalau anak lima orang nak pi kedai lain potong rambut, dah berapa duit dah, termasuk ayah, dah enam orang, taklah saya ambil tinggi (mahal) sangat," jelasnya.


Razali berhasrat membantu lebih ramai orang dengan harga murah ditawarkan.




Anak yatim bagi 'free'

Bercerita lanjut, bapa kepada enam anak ini mengakui akan melayani anak yatim yang datang ke kedainya, selain perkhidmatan itu diberikan secara percuma.




"Saya ikhlas, mai saja sesiapa pun saya kenakan RM5 (dewasa), anak yatim percuma...tapi untuk budak sekolah saya kena ikut potongan cara budak sekolah," jelas beliau yang membuka kedai di Surau Al-Firdaus Taman Desa Aman itu sejak 2005.

Razali berkata, terdapat sesetengah individu yang meluahkan pendapat bahawa harga yang ditetapkan tidak masuk akal namun menjelaskan bahawa tindakan itu adalah sebahagian daripada infak ke jalan ALLAH SWT.


Pelanggan terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk pelajar sekolah rendah dan menengah.





"Dulu pernah buka kedai gunting rambut dengan kawan-kawan pada tahun 80-an di Sungai Besi yang menawarkan harga bermula RM2.50 sebelum naik kepada RM3 seorang.









"Semasa dalam perkhidmatan juga saya ambil upah gunting rambut anggota memandangkan sukar untuk keluar mendapatkan kedai gunting rambut ketika itu tambahan pula jenis potongan rambut tentera ini agak berbeza dari orang awam," katanya.

Selepas tamat perkhidmatan dan berpencen pada 2001, Razali ditawarkan kontrak gunting rambut di kedai Perbadanan Perwira Niaga Malaysia (Pernama) Kem Lapangan Terbang Sungai Petani sehingga tahun 2022, sebelum menumpukan sepenuh perhatian di kedai miliknya.


Kedai gunting rambut Razali terletak berdekatan Surau Al-Firdaus, Taman Desa Aman, Sungai Lalang, Kedah.




"Harga saya kekal sejak 20 tahun lalu, cuma tahun lepas ada yang minta naikkan seringgit jadilah RM5 (dewasa).

"Sehingga kini, masih terdapat kawan-kawan bekas tentera yang mai potong rambut di sini sebab dah selesa," katanya.

Kemurahan hati Razali bagaimanapun disokong sepenuhnya oleh isteri, Marhaini Shawal, 55, yang mengakui inisiatif itu adalah salah satu daripada cara untuk membantu lebih ramai orang.

"Apa yang dilakukan suami bukanlah beban malah sokong 100 peratus, nak letak harga mahal, bimbang andai ada yang kurang berkemampuan," katanya.


Kedai gunting rambut dibuka Ahad hingga Khamis namun akan ditutup sementara mengikut waktu solat.





Pelanggan puas hati, harga murah
Pelajar tahfiz, Syakir Hanif Mohd Syamsul, 16, berkata, setiap kali mahu potong rambut akan mendapatkan khidmat Razali di kedainya.


Syakir Hanif




Selain kekemasan, harga murah yang ditawarkan jarang diperolehi di kedai gunting rambut lain membolehkan ramai pelajar sekolah mendapatkan khidmatnya.

Selain itu, Adam Hakimi Syukri, 11, berkata, perkhidmatan potong rambut bekas tentera itu sesuai untuk murid sekolah kerana hanya mengenakan bayaran RM3.


Adam Hakimi




"Murah! Tempat lain mahal," katanya.

Mengakui kebenaran itu, seorang penduduk tempatan, Mohd Salleh Abdul Lateh, 70, berkata, perkhidmatan potong rambut Razali mendapat perhatian ramai memandangkan harga rendah yang ditawarkan.


Mohd Salleh




"Dia buat kerja fi-sabilillah, setuju sangat dengan harga, semua pelanggan mai, tak kira tengah hujan pun ada orang, kadang-kadang tak buka lagi pun orang dah siap tunggu," ujarnya.

Kedai milik Razali yang terletak dekat Surau Al-Firdaus itu dibuka Ahad hingga Khamis namun akan ditutup sementara pada waktu solat.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.378828 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list