CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1999|Reply: 8

[Politik] Sukar dibawa berbincang, angkuh wakil rakyat PN hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin

  [Copy link]
Post time 10-11-2023 10:20 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 11-11-2023 03:01 AM

KUALA LUMPUR – Kelemahan pimpinan Perikatan Nasional (PN) yang angkuh untuk berbincang secara matang dengan Kerajaan Perpaduan punca empat ahli Parlimen mereka menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Ammar Atan berkata, tindakan itu menunjukkan wakil rakyat PN sudah hilang kepercayaan terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


“Memandangkan keempat-empat ahli Parlimen Gua Musang, Jeli, Kuala Kangsar dan Labuan datang daripada parti berkenaan.


“Saya tidak terkejut jika lebih ramai ahli Parlimen Bersatu mula menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari-hari mendatang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Ammar berkata, tidak pernah berlaku dalam sejarah di mana kerajaan memerintah terbuka membuka pintu kerjasama dalam hal peruntukan khas kepada ahli parlimen pembangkang.


“Hatta semasa Tan Sri Muhyiddin berkuasa dahulu, mereka langsung tidak mahu bekerjasama,” katanya.


Beliau turut menyeru ahli-ahli Parlimen PN lebih tegas untuk menekan pimpinan utama khususnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin untuk dilaksanakan segera perbincangan bersama pihak kerajaan.


“Hakikatnya, jika perbincangan telah berlaku awal tahun ini pasti isu perpecahan PN tidak akan berlaku, kerana pimpinan Datuk Seri Anwar bersedia untuk bekerjasama dengan terbuka.


“Ini adalah dana peruntukan khas dan bukannya hak ahli Parlimen serta tidak termaktub dalam mana-mana peraturan kewangan negara,” katanya.


Katanya lagi, ahli Parlimen PN diingatkan berhenti mempolitikkan perkara itu dan tidak mempersalahkan Perdana Menteri kerana sedia menerima kerjasama segelintir ahli Parlimen tertentu.


“Mengapa anda terlalu angkuh dan sombong untuk berbincang? Khuatir maruah hilang atau sengaja mahu timbulkan persepsi bahawa kerajaan ini zalim?


“Mungkin juga sudah tiba masanya, ahli-ahli Parlimen PN menggantikan ketua pembangkang yang hanya sibuk berpolitik 24 jam tanpa mengambil kira kepentingan ahli-ahli Parlimen PN keseluruhannya.


“Tidak salah untuk saya mencadangkan ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor yang sangat tegas dan jelas dalam isu ini,” katanya lagi.


https://malaysiagazette.com/2023/11/09/hilang-kepercayaan-kepada-muhyiddin-punca-mp-sokong-anwar-ammar/


PN, PN, PN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2023 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia cuma tak bagi lompat parti jah, bukannya lompat sokongan
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2023 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
What are u expect ahli politik Dr kelantan n Borneo? Kebanyakan org2 dlm kelompok ni akan pergi ke pihak yg dijangkakan akan menang.

Ini perkara biasa boh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2023 10:59 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 12-11-2023 04:52 PM

Awak yg ajar MP jadi katak lompat, sekurang kurang dua orang YB Bersatu tu belum lagi melompat.  Takat bagi kerjasama demi nak duit utk kawasan deme. Yg ko tuw ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2023 07:49 PM | Show all posts
degil sgt

so, x yah lah bincang

biaq rekyat under parlimeng Pee Een melopong jer tengok rekyat parlimen under PH+ BN dapek peruntukan

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2023 10:19 AM | Show all posts
dah x relevant
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2023 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Cash is king  X
Peruntukan is king ✓
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.100511 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list