CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4277|Reply: 0

[Perlis] Undang-undang lompat parti perlu diperkemas bagi halang wakil rakyat menyokong lawan

[Copy link]
Post time 10-11-2023 08:58 AM | Show all posts |Read mode
Undang-undang lompat parti perlu diperkemas bagi halang wakil rakyat menyokong lawan


Oleh Aizat Sharif - November 10, 2023 @ 8:47am[email protected]




Mohd Shukri (tiga kanan) yang juga Pengerusi PKENPs menandatangani plakad Sambutan 50 Tahun PKENPs di sebuah hotel di Kuala Perlis, Kangar. - Foto AIZAT SHARIF




KANGAR: Undang-undang lompat parti perlu diperkemas selepas didakwa gagal memastikan wakil rakyat yang dipilih tidak mencari helah untuk menghalalkan sesuatu tujuan yang dilihat tidak bertepatan dengan peranan mereka.

Ini adalah rentetan empat Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) dari BERSATU iaitu Kuala Kangsar, Labuan, Gua Musang dan Jeli mengambil tindakan menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun mengambil keputusan untuk terus kekal bersama BERSATU.

Menteri Besar yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis, Mohd Shukri Ramli mendakwa, undang-undang lompat parti itu gagal kerana masih wujud wakil rakyat yang cuba mencari peluang untuk beralih sokongan meskipun mandat sudah pun diberikan oleh rakyat.

"Perkara ini perlu diperkemaskan lagi supaya semua wakil rakyat tidak boleh mencari helah untuk 'menghalalkan kerja yang tak elok'.

"Bagi saya, pindaan akta itu juga perlu diperlengkap (dengan klausa) yang menghalang mana jua Ahli Parlimen yang hendak bagi sokongan kepada parti lawan pun tidak boleh, itu barulah betul kerana jika dilihat dalam situasi sekarang ini masih ada ruang (Ahli Parlimen) nak alih sokongan tanpa lompat parti," katanya.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Sambutan 50 Tahun Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) di sebuah hotel di Kuala Perlis, di sini semalam.

Katanya, sokongan dan pendirian PAS dalam PN masih terus kekal utuh disebabkan mereka sudah ditarbiyah untuk lebih beristiqamah dalam perjuangan.

"PAS ada tarbiyahnya, PAS dididik untuk setia pada satu tujuan dan beristiqamah dan Insyallah saya fikir apa yang berlaku dalam PN ini akan satu peluang dan bukan halangan kepada kita untuk terus berjuang.

"Dalam soal BERSATU pula, saya lihat meskipun ada Ahli Parlimennya menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebagai usaha untuk mendapatkan bantuan peruntukan di kawasan Parlimen, saya yakin mereka masih terus menyokong PN," katanya.

Beliau berkata, dalam konteks negeri itu pula, pihaknya bersyukur tidak wujud gerakan sedemikian rupa yang mampu mengganggu gugat parti serta kestabilan kerajaan negeri.

"Di Perlis, tiada gerakan atau sokongan seumpama itu dikesan buat masa ini namun jika wakil rakyat PN boleh nyatakan sokongan kepada Perdana Menteri dengan tidak berpindah parti, saya rasa tidak mustahil wakil rakyat gabungan Perikatan Nasional-Barisan Nasional pun boleh laksanakan perkara yang sama," katanya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid memulakan tindakan mengisytiharkan menyokong kepimpinan Anwar pada 12 Oktober lalu disusuli Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman, dua minggu kemudian dan diikuti Rabu lalu, Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik pula berbuat demikian.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.209394 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list