CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4148|Reply: 0

[Perlis] Pelajarku, suamiku!

[Copy link]
Post time 10-11-2023 08:27 AM | Show all posts |Read mode
Pelajarku, suamiku!


Noor Hidayah Tanzizi
[email protected]



Rosalina Darus, 48, adalah wanita yang mendapat perhatian di TikTok selepas berkongsi video memaparkan gambarnya dan suami Mohamad Hazwan Daud, 32, yang berbeza umur 16 tahun yang dikahwininya sejak lapan tahun lalu. FOTO Ihsan Rosalina Darus




Kangar: "Suami adalah bekas pelajar saya ketika saya berusia 32 tahun manakala dia pula berumur 16 tahun, namun siapa sangka hubungan itu kini bertukar sebagai suami isteri," kata Rosalina Darus.

Rosalina, 48, adalah wanita yang mendapat perhatian di TikTok selepas berkongsi video memaparkan gambarnya dan suami, Mohamad Hazwan Daud, 32, yang berbeza usia 16 tahun yang dikahwininya sejak lapan tahun lalu.

Perkongsian guru pendidikan seni visual itu mendapat pelbagai reaksi lucu dan positif netizen yang bergurau mengatakan jodoh mereka masih kecil manakala ada juga yang memuji wanita itu dilihat hampir sebaya dengan suami selain turut mendoakan hubungan pasangan berkenaan.

Berkongsi kisahnya, Rosalina berkata, hubungan mereka pada mulanya tidak lebih sebagai guru dan murid kerana suami, Mohamad Hazwan yang juga pegawai polis adalah pelajar kelasnya selama dua tahun ketika mengajar di Kelantan.

"Suami seorang pendiam tetapi ada bakat melukis jadi saya selalu beri galakkan untuk menyambung pelajaran di peringkat universiti kepadanya dan semua pelajar lain.

"Selepas tamat tingkatan lima, dia berpindah sekolah untuk tingkatan enam sebelum ke universiti, manakala saya pula berpindah ke Perlis namun saya dan pelajar termasuk suami masih berhubung," katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, ketika itu dia sudah berpisah dengan bekas suami dan tidak lama kemudian Mohamad Hazwan meluahkan hasrat untuk berkawan lebih rapat dengannya sehingga lelaki itu tamat pengajian dan berhasrat melamarnya menjadi isteri.

"Ketika itu suami mengambil upah melukis mural dan hubungan kami direstui kedua-dua keluarga termasuk tiga anak lelaki saya. Selepas tiga bulan berkahwin suami mendapat panggilan menjalani latihan kepolisian," katanya.

Menurutnya, dia bersyukur perkahwinannya berjalan lancar biarpun suami masih muda namun dia bersikap matang dan mereka dikurniakan anak perempuan yang kini berusia lima tahun.

Katanya, tiada masalah bersuamikan lelaki lebih muda kerana paling penting adalah sikap, akhlak sebagai suami isteri dan saling memahami tanggungjawab dalam rumah tangga.

"Saya memang berusia daripada suami tetapi itu tidak bermakna banyak pengalaman dan berasa diri sudah terlalu bagus sebaliknya kita perlu ada sikap saling menghormati antara satu sama lain.

"Perkahwinan adalah perkongsian dan kami tiada rahsia supaya tiada rasa sangsi dalam kehidupan. Apabila Allah SWT beri jawapan kepada solat Istikharah, saya tekad menjadi isteri yang baik dan menolak tepi faktor usia itu," katanya.

Bagaimanapun katanya, dia tetap sentiasa bersedia dengan risiko perkahwinan namun bersyukur Mohamad Hazwan berusaha menjadi suami dan bapa terbaik apatah lagi dia kini diuji kanser payudara sejak dua tahun lalu.

Katanya, dia juga kini sedang bercuti daripada tugas selepas menjalani pembedahan membuang ketulan kanser pada 3 Januari lalu dan selesai menjalani rawatan radioterapi.

"Sebagai wanita terdetik juga di hati kerana kita sudah berusia dan sakit pula apakah suami masih setia bersama tetapi saya bersyukur sehingga kini suami kekal memberi sokongan.

"Sepanjang rawatan suami banyak membantu bukan saja sokongan moral, malah meringankan kerja di rumah. Keluarga adalah kekuatan saya melawan penyakit ini terutama suami dan anak selain ibu yang juga pejuang kanser payudara," katanya.

Berhubung perkongsiannya di TikTok, Rosalina berkata, dia seorang yang ceria dan berkongsi video itu untuk kenangan serta terhibur dengan beberapa komen mencuit hati.

"Saya berterima kasih dengan komen netizen dan pada saya jangan risau kerana rezeki, jodoh, anak dan kesihatan sudah Allah aturkan dengan baik dan kita perlu sentiasa bersangka baik dengan perancangan Allah," katanya.



Disiarkan pada: November 10, 2023 @ 7:04am








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:59 PM GMT+8 , Processed in 0.144739 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list