CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3488|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah di seluruh negara kini diaktifkan - Armizan

[Copy link]
Post time 9-11-2023 01:21 PM | Show all posts |Read mode

Gambar fail - persiapan pengendalian bot oleh anggota APM

PUTRAJAYA: Seramai 61,839 pegawai dan anggota dari pelbagai agensi kerajaan dengan sokongan pelbagai aset, berada dalam keadaan siap siaga sepenuhnya bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL), kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau berkata, negara dijangka mengalami sebanyak empat hingga enam episod hujan lebat berterusan yang berpotensi mengakibatkan kejadian banjir khususnya di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak.

Beliau berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan MTL 2023/2024 akan bermula pada 11 November ini sehingga Mac 2024.

"Sungguhpun MTL 2023/2024 hanya (dijangka) bermula 11 November, (namun) dari 23 Oktober hingga 8 November, secara kumulatif sebanyak 20 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan 962 keluarga melibatkan 3,116 mangsa akibat bencana banjir di Kedah, Pahang, Perak dan Selangor," katanya.


Bagi menghadapi sebarang kejadian bencana sepanjang MTL tersebut, beliau berkata, Agensi Bencana Negara (NADMA) selaku sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) bertanggungjawab memastikan semua cabang agensi merangka persiapan untuk memastikan kesiapsiagaan di semua peringkat.

"JPBP telah mengarahkan semua Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah diaktifkan bagi tujuan pemantauan dan koordinasi pengurusan bencana.

"Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) juga diminta untuk melaksanakan persediaan sewajarnya lebih awal bagi memastikan penyampaian bantuan sewaktu bencana berjalan dengan lancar," katanya.

Armizan berkata, Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), NADMA telah mula beroperasi selama 24 jam setiap hari dan akan menyediakan notis serta-merta kepada syarikat telekomunikasi bagi tujuan sebaran sistem pesanan ringkas (SMS) dan Flash Broadcast secara bersasar kepada penduduk di kawasan yang berisiko banjir setelah menerima amaran banjir daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Menurutnya, JPS telah mengenal pasti 5,648 lokasi hotspot banjir meliputi 161 daerah di seluruh negara.

Pada masa yang sama, katanya NDCC akan sentiasa berkongsi info terkini dan amaran bencana kepada pelbagai pihak termasuk pegawai daerah selaku Pengerusi JPBD dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi meningkatkan lagi tahap kesiapsiagaan menghadapi bencana.

"Semua pihak dinasihati untuk sentiasa peka dengan situasi semasa dan amaran yang dikeluarkan pihak berwajib. Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, orang awam turut diminta untuk mematuhi sebarang arahan untuk berpindah dan mengambil langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya," katanya.

Menurut Armizan setakat 6 pagi ini, 15 PPS sedang beroperasi menempatkan 341 keluarga membabitkan 1,249 mangsa keseluruhan di Perak dan Selangor serta dijangka kawasan dan mangsa yang terkesan akan terus meningkat dalam tempoh MTL.

Orang ramai boleh mengakses laman web METMalaysia www.met.gov.my dan JPS https://publicinfobanjir.water.gov.my/ramalan/amaran-banjir/ atau melalui media sosial rasmi jabatan serta memuat turun aplikasi mobil myCuaca dan MyPublic Infobanjir bagi mendapatkan maklumat sahih mengenai ramalan cuaca dan amaran banjir terkini. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... seluruh-negara-kini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190815 Replies : 7000
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112070 Replies : 4892
[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji Min, Lee Joon Hyuk ~ 3 January 2025
Rahah[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji M
Views : 61846 Replies : 311
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18506 Replies : 18
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11615 Replies : 18
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 23910 Replies : 12
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24925 Replies : 122
Ogy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekarang Garang!
piaoOgy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekar
Views : 6921 Replies : 10
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 30941 Replies : 32
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67022 Replies : 507

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.045406 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list