CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1889|Reply: 0

[Perak] Harimau belang Kampar ditemui mati

[Copy link]
Post time 9-11-2023 12:45 PM | Show all posts |Read mode

Harimau yang ditemui mati di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Hentian Sebelah Gua Tempurung, tengah malam tadi.

IPOH – Seekor harimau belang jantan yang sebelum ini dilaporkan berkeliaran di sekitar Sahom, Kampar ditemui mati dipercayai dilanggar treler di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Hentian Sebelah Gua Tempurung, di sini tengah malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Teh Kok Lim berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 12.30 tengah malam di mana pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak telah ke lokasi kejadian untuk siasatan.

Katanya, pemeriksaan di lokasi mendapati terdapat seekor harimau belang dianggarkan berusia lapan hingga 10 tahun mati disyaki dilanggar treler.

“Karkas (bangkai) harimau itu telah dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di Sungkai untuk tindakan lanjut.

“Kita percaya harimau belang itu adalah haiwan sama yang dilaporkan sebelum ini menyerang ternakan dan menimbulkan kegusaran penduduk sekitar Kampar,” katanya, di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, berdasarkan maklumat oleh Perhilitan, punca utama haiwan liar itu merayau hingga ke pinggir hutan dan memasuki kawasan kampung kerana mencari sumber makanan ekoran babi hutan di kawasan itu berkurangan disebabkan wabak demam babi Afrika (ASF).

“Perhilitan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Tabung Alam Sedunia (WWF) Malaysia melalui pemasangan perangkap kamera mendapati populasi babi hutan masih berkurangan.

“Oleh itu, potensi untuk harimau itu masuk semula ke dalam hutan tebal rendah, mungkin diet baharu iaitu lembu dan ternakan lain lebih mudah diserang berbanding babi hutan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya berasa sedih dan kesal dengan kematian seekor lagi harimau belang yang kini berdepan ancaman kepupusan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud ketika dihubungi memberitahu, tiada laporan polis diterima berkaitan kemalangan treler berkait kematian haiwan pemangsa itu. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... ampar-ditemui-mati/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190815 Replies : 7000
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112070 Replies : 4892
[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji Min, Lee Joon Hyuk ~ 3 January 2025
Rahah[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji M
Views : 61846 Replies : 311
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18506 Replies : 18
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11615 Replies : 18
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 23910 Replies : 12
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24925 Replies : 122
Ogy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekarang Garang!
piaoOgy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekar
Views : 6921 Replies : 10
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 30941 Replies : 32
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67022 Replies : 507

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.041549 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list