CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2042|Reply: 0

[Perak] Harimau belang ditemukan mati di lebuh raya

[Copy link]
Post time 9-11-2023 10:59 AM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar video tular mengenai seekor harimau belang maut di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) berhampiran Gua Tempurung, Gopeng.

Ipoh: Tular di media sosial video mengenai seekor harimau belang maut di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) berhampiran Gua Tempurung, Gopeng, dekat sini, malam tadi.

Haiwan itu dikatakan mati selepas dirempuh kenderaan berat.

Harimau dewasa berkenaan ditemukan terbaring di tengah penghadang besi lebuh raya. Ia dikatakan dirempuh sewaktu melintas lebuh raya itu.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff ketika dihubungi untuk pengesahan hanya meminta supaya menunggu kenyataan ibu pejabat.


"Waalaikumssalam, tunggu pihak hq (ibu pejabat) keluarkan kenyataan," katanya ringkas.

Sebelum ini, Yusoff mengesahkan kelibat harimau belang dikesan di Kampung Sahom, Kampar, sejak 22 Oktober lalu.

Lokasi harimau yang dijumpai di lebuh raya malam tadi itu, terletak berdekatan dengan Kampung Sahom.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -mati-di-lebuh-raya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.057304 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list