View: 3962|Reply: 39
|
Isteri Dibayar Gaji Buat Kerja Rumah, Siap Dapat Slip Gaji Ada KWSP, Perkeso Dan Cukai Pendapatan
[Copy link]
|
|
Seorang wanita mendedahkan dia dibayar gaji bulanan oleh suaminya untuk bertugas sebagai 'pengurus' dalam keluarga.
"Suami saya beri gaji bulanan sebagai pengurus kerana saya uruskan rumah, lengkap dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) serta cukai pendapatan.
"Dia macam ni, kalau lelaki yang betul-betul lelaki, mereka akan gembira untuk bekerja dan berbelanja untuk keluarga dia.
"Kalau berkira, tu kurang testosteron mungkin," ciap @bkyhbqn.
Katanya dia dan suaminya mendirikan rumah tangga lebih 10 tahun lalu.
Tambah wanita itu, inisiatif gaji yang diperkenalkan merupakan satu penghargaan untuknya yang sanggup berkorban meninggalkan kerjaya demi menguruskan keluarga.
"Untuk rekod, kami dah kahwin lebih 10 tahun. Bukan fasal gaji kecil ke besar. Tak buat macam ni pun okey. Transfer online macam biasa je okey je.
"Apabila kewangan dah grow, tak ada tambah baby, barulah buat macam ni untuk financial management. Tak payah you alls menggelupur. Ini hanya cara suami saya hargai usaha saya tinggalkan kerjaya dan memilih untuk jaga keluarga.
"Kalau baru nak kahwin, memang kehidupan mencabar sikit. Relaks la. Sekian, saya tak akan melayan segala komen negatif," ujar wanita itu lagi.
Wanita itu berkata dia turut menjadikan ibunya sebagai idola dalam pengurusan kewangan meskipun mereka membesar dalam keluarga yang serba sederhana.
"Saya datang daripada keluarga B40. Gaji bapa saya yang terakhir sebelum pencen hanya RM1,800. Mak saya buta huruf tapi dari segi financial management, she is my idol. Berjuta pun duit awak, kalau tak manage, susah jadinya.
"Memandangkan ada rezeki sikit, better manage siap-siap. Sebab tu hal marriage saya jarang cerita. Saya faham masing-masing dalam kasut sendiri. Jadi ikut kasut yang sesuai untuk anda ya," ujarnya lagi.
Di ruangan komen ramai netizen memuji tindakan suami wanita itu yang wajar dijadikan sebagai contoh tauladan.
"Alhamdulillah dapat rezeki suami yang baik dan bertanggungjawab. Semoga sis dan keluarga sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.
"Saya gembira baca hantaran ini. Positif vibe untuk suri rumah.
"Semoga aku mampu buat macam ni kat bini aku suatu hari nanti," tulis beberapa netizen. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Bestnya.....suami dari syurga ni |
|
|
|
|
|
|
|
Tp kena bayar lhdn ke ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by botol_tritan at 8-11-2023 03:39 PM
Husband dia ada company ke? So registerkan dia under company n company akan bayar setiap bulan ke kwsp/perkeso/lhdn kan. Boleh ke individu bayar perkeso utk ‘so-called pekerja’? I tahu kwsp mungkin husband boleh bayarkan. Tapi perkeso dgn income tax boleh ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau betul suami dia carum EPF untuk bini dia
Ini dah dikira menipu kan
Ramai company buat macam ni kat spouse dan anak2
Konon pekerja atau staff
Nak carum EPF
Sebab senang nak buat loan rumah kereta
Tapi kalau report
EPF audit kat office
Menjawab lah
So perempuan ni tak bijak
Buka pekung sendiri
Menjawab ler suami dia nanti |
|
|
|
|
|
|
|
tunjuk semua kat orang..kena sondol baru reti |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan kah ini program i-sayang. Program kerajaan. suami buat potongan kwsp acc suami tu ke acc isteri suri rumah. 2% |
|
|
|
|
|
|
|
nak bayar epf socso lhdn untuk pekerja kena register majikan..sebab caruman segala tu ada syer pekerja ada syer majikan..
mana boleh bayar gitu je..
sama ada hasanah atau laki dia menipu register bini as staff kat company..
|
|
|
|
|
|
|
|
Suami sheol jer la yg terpaling testosteron... I speku benda ni just mainan fetish theyols jer... Lepas tu flex kat sosmed utk meraih pujian netizen... At the same time menuai sakit ain dan menarik perhatian penyondol
sekian, syarikat hasanah bolkiah sdn bhd |
|
|
|
|
|
|
|
takda company pon boleh buat la. socso epf under caruman diri sendiri ke caruman bekerja sendiri gituh. income tax pon boleh isi ler. kawan aku surirumah, jual kuih dari rumah isi masa lapang pon dia isi income tax every year, since income dia tak tetap dan ikut mood dia buat kuih, dia boh 12k per year walaupon actually dia make more than that. setiap rakyat malaysia berumur 18thn ke atas mmg kena declare income tax ler
|
|
|
|
|
|
|
|
i just wonder... boleh claim ot tak kalau kena kerja lewat malam atau awal pagi
|
|
|
|
|
|
|
|
Kau kena potong income tax ke dekkkk? |
|
|
|
|
|
|
|
Ada version yg x sensor tak? Baru leh nak komen |
|
|
|
|
|
|
|
botol_tritan replied at 8-11-2023 03:36 PM
Husband dia ada company ke? So registerkan dia under company n company akan bayar setiap bulan ke kw ...
Yg caruman kwsp tu under i-suri jaa. Itu pun start masa pkp tuhari kn..2% dari basic husband. Mmg la suri rumah tu pekerjaan tapi dia pekerja yg tak bergaji..mmg xboleh carum kwsp & perkeso mcm pekerja yg bekerja di compony
Sebab syarat2 pekerja yg nak dicarumkan tu kn kena ada basic salary..berapa working hours/day..ot.. allowance + cuti sakit,Al..EL..PH.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kata tak nak bercerita kat org abistu ni apa nya?
Overlah minah |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni aku tak paham la konsep dia.. dia kan surirumah.. apsal eis socso bagai.. aku paham le dia nak carum epf from "nafkah suami" and epf as portion dari nafkah duit poket dia sendiri...
Lebih baik catit kos medical card, insurance life TPD...
Buat mcm normal accounting / financial planning dah le.. ko ada jual beli income hasil cikcur ke apa ni?
Kenapa panggil laki dia majikan? Dia ni sejenis sembah suami ke? Over nya description |
|
|
|
|
|
|
|
ikut la...rumahtangga sendiri pandai2 la urus |
|
|
|
|
|
|
|
botol_tritan replied at 8-11-2023 03:36 PM
Husband dia ada company ke? So registerkan dia under company n company akan bayar setiap bulan ke kw ...
I pun terfikir gitu. Kwsp ni pun baru beberapa tahun ni je ada option untuk portion isteri, kan? |
|
|
|
|
|
|
|
she replied at 8-11-2023 03:40 PM
Kalau betul suami dia carum EPF untuk bini dia
Ini dah dikira menipu kan
Tak boleh meh?
I tot yg gomen galakkan laki bg % kat akaun epf bini tu..ke iols salah paham |
|
|
|
|
|
|
|
dah kalau terikat camni siap ade epf socso, dah macam kene menurut perintah la. pehal nk formal beria. plot twist, laki dia ada company, letak bini as pekerja. nak kurangkan tax. ahh |
|
|
|
|
|
|
| |
|