CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1578|Reply: 0

[Melaka] Buntu cari RM50,000 buat pemindahan buah pinggang

[Copy link]
Post time 7-11-2023 12:02 PM | Show all posts |Read mode

FASEHHA (dua dari kiri) menunjukkan tapak kateter di leher Nur Najihah bagi melakukan rawatan dialisis di Kuala Sungai Baru, Alor Gajah kelmarin.

ALOR GAJAH – Seorang ibu merayu bantuan orang ramai untuk membantunya meraih dana seba­nyak RM50,000 bagi menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang untuk didermakan kepada anak ketiganya, Nur Najihah Mohd. ­Fadzli, 15, yang menghidap masalah radang organ tersebut sejak Disember tahun lalu.

Pembedahan itu dijadualkan pada 28 November ini di Hospital Al-Sultan Abdullah, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Selangor.

Fasehha Radzuan, 34, berkata, dia buntu untuk ­mengumpul wang sebanyak itu meman­dangkan suaminya bekerja sebagai tukang servis penapis air dengan gaji RM2,000 sebulan.

Katanya, ujian berat me­nimpa keluarganya bermula apabila anaknya mengalami simptom batuk dan bengkak mata sebelum dikejarkan ke Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan.

Ujarnya, hasil ujian sampel buah pinggang menunjukkan bacaan kreatinin Nur Najihah mencecah 1,100, umol/L (normal di bawah 100 umol/L) sebelum disahkan menghidap penyakit radang buah pinggang.

“Kini Jiha (Nur Najihah) me­lakukan dialisis. Badan Jiha ma­kin lemah dan jalan terbaik adalah me­lakukan pemindahan buah pinggang,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.

Tambahnya, selepas membuat 21 ujian padanan, buah pinggangnya lebih sesuai berbanding suami.

“Sepatutnya Jiha dibedah di Hospital Selayang yang tidak perlu bayar kos tinggi, tetapi dia perlu tunggu giliran.

“Doktor minta kami cari lokasi lain. Tempat sesuai di Hospital Al-Sultan Abdullah,” katanya.

Orang ramai boleh membantu menerusi akaun CIMB 7637-9546-64 atas penama Fasehha Radzuan atau menghubunginya di talian 017-636 1073.


https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... ahan-buah-pinggang/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190815 Replies : 7000
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112070 Replies : 4892
[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji Min, Lee Joon Hyuk ~ 3 January 2025
Rahah[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji M
Views : 61846 Replies : 311
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18506 Replies : 18
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11615 Replies : 18
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 23910 Replies : 12
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24925 Replies : 122
Ogy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekarang Garang!
piaoOgy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekar
Views : 6921 Replies : 10
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 30941 Replies : 32
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67022 Replies : 507

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.077390 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list