CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1279|Reply: 0

[Selangor] Lesen perniagaan boleh dibatalkan jika buang sampah, cemarkan sungai - KPKT

[Copy link]
Post time 7-11-2023 11:01 AM | Show all posts |Read mode

AKMAL Nasrullah, gambar fail. FOTO NSTP

Selayang: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak menolak untuk membatalkan lesen perniagaan milik peniaga yang dikesan membuang sampah atau melakukan pencemaran membabitkan sisa pepejal perniagaan di sungai.

Timbalan Menterinya Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, beliau sudah membincangkan perkara itu bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai komitmen menjaga kelestarian alam sekitar.

"Saya sudah berbincang dengan Yang Dipertua (YDP) dan wakil Datuk Bandar iaitu untuk peringkat PBT kita memberi komitmen sekiranya ada peniaga yang ditangkap membuang sampah atau membuat pencemaran ke anak sungai, kita tidak akan teragak-agak membatalkan lesen perniagaan mereka.

"Jadi untuk pemantauan itu memang pihak PBT Selayang di bawah Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sudah beri komitmen supaya perkara ini kita elakkan daripada mencemari sungai," katanya ketika sesi lawatan kerja bersama Nik Nazmi ke Sungai Jinjang, di sini, hari ini.



Bagaimanapun katanya, kesedaran itu juga perlu diingatkan kepada masyarakat setempat dan difahamkan sepanjang tiga kilometer kawasan anak sungai mempunyai kawasan penduduk yang agak padat.

"Jadi peringatan juga diberikan supaya kesejahteraan awam perlu dipertingkatkan. Kita perlu mencegah pembuangan sisa pepejal (tidak diurus dengan baik dan dibuang ke sungai), kos (penyelenggaraan) akan lebih tinggi dan kemudaratan kepada masyarakat juga lebih besar," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya juga memastikan pengurusan termasuk operasi kutipan sampah di pasar basah termasuk Pasar Harian Selayan dan Pasar Borong Kuala Lumpur dilakukan mengikuti aturan ditetapkan.

"Susulan lawatan Menteri (Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad) ke kolam tadahan (Kolam Takungan Banjir Jinjang) semakan kami, operasi oleh syarikat konsesi dilakukan seperti yang kita tetapkan.

"Sebagai contoh operasi kutipan (sampah) perlu dibuat setiap hari bagi kawasan pasar selain tong sampah juga disediakan sebanyak dua tong dan sebagainya," katanya.

Katanya, pihaknya juga meneliti pengurusan sampah untuk peniaga yang berada di luar kawasan pasar kerana ia membabitkan 'pertemuan' antara kawasan di bawah dua entiti PBT iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan MPS.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... emarkan-sungai-kpkt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190815 Replies : 7000
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112070 Replies : 4892
[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji Min, Lee Joon Hyuk ~ 3 January 2025
Rahah[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji M
Views : 61846 Replies : 311
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18506 Replies : 18
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11615 Replies : 18
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 23910 Replies : 12
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24925 Replies : 122
Ogy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekarang Garang!
piaoOgy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekar
Views : 6921 Replies : 10
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 30941 Replies : 32
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67022 Replies : 507

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.059356 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list