CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7803|Reply: 46

Satria NEO R3 Dah Boleh Beli - RM79,797.00

[Copy link]
Post time 10-2-2011 01:29 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by orangdalam at 10-2-2011 14:28

Proton telah mengeluarkan berita rasmi model naik taraf terbaru popular mereka iaitu Satria Neo yang sejak akhir-akhir ini mendapat sambutan hangat ekoran kejayaan dalam sukan perlumbaan rali selain berjaya memasuki pasaran domestik Jepun. Dengan nama baru Proton R3 Satria Neo, model itu telah mengalami naik taraf lebih sporty oleh divisyen Proton Motorsports R3 dengan beberapa pengubahsuaian melibatkan bahagian luaran, dalaman dan di bahagian enjin.

Bahagian luaran model itu didatangkan dalam satu warna sahaja iaitu ‘Fire Red’ dengan bumbung diwarnakan hitam, manakala bumper depan dan belakang masih mengekalkan rekabentuk Satria Neo CPS dengan tambahan ‘lip’ depan dan spoiler belakang. Dibangunkan oleh peminat kepada peminat seperti mana kenyataan yang dikeluarkan, Proton berjaya membangunkan model semasa mereka lebih sporty hasil penglibatan dalam sukan permotoran.

Proton R3 Satria Neo mengalami pengubahsuaian di bahagian enjin pada tahap Stage 2, di mana enjin CAMPRO S4PH kini menghamburkan kuasa setinggi 145bhp@7,000rpm dan 168Nm@5,000rpm kuasa tork. Transmisi tersedia hanya dalam versi manual lima kelajuan dengan tambahan sistem ekzos 4-2-1 dan brek berprestasi tinggi bagi mengimbangi kuasa yang terhasil. Antara yang menarik perhatian ialah rim aloi 16 inci edisi R3 dibaluti tayar dari Bridgestone Potenza RE001R 205/45 siri yang berjaya menyerlahkan sifat sporty dan agresif model itu.

Bahagian kabin (interior) tidak kurang hebatnya apabila kerusi ‘bucket’ R3 edisi terhad menanti pemandu dan penumpang hadapan, dengan campuran kulit Nappa dan PVC. Proton Motorsports telah memilih warna merah dan hitam ‘matte’ untuk kemasan di bahagian dalam. Turut tersedia sistem audio 2-din dan sistem navigasi GPS 3D.

Ciri-ciri keselamatan untuk model terhad berharga RM79,797.00 itu tidak dilupakan apabila tersedia standard beg udara depan berkembar, sistem ABS, EBD bersama-sama sistem sekuriti. Tempahan sudah boleh dibuat di semua bilik pameran Proton Edar di Semenanjung Malaysia sungguh pun pelancaran rasmi belum bermula. Bayaran yuran tempahan hanya RM2,000.00 sahaja jika anda berminat.

Buat masa sekarang hanya sekeping gambar didedahkan, lebih banyak gambar dan maklumat lanjut hanya akan diperolehi semasa pelancaran nanti, dijangkakan pada penghujung bulan ini.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2011 02:04 PM | Show all posts
yg plg wa nak tau...power window ok x lps setahun pakai?..ade bunyi2 cencurut x?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2011 02:17 PM | Show all posts
yg plg wa nak tau...power window ok x lps setahun pakai?..ade bunyi2 cencurut x?
kecimpret Post at 10-2-2011 14:04


SA kampung pandan kato akan bagi pakej percuma WD40 sebotol dua..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 02:19 PM | Show all posts
dah antar ke jepun sbb ada permintaan.... rasanya bunyi cencurut tu bila ada tikus beranak dlm kete tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2011 02:23 PM | Show all posts
zaman jahiliyah dulu bolela bunyik cencurut..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 02:26 PM | Show all posts
hege tk bole turun lg ker....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-2-2011 02:27 PM | Show all posts
hege tk bole turun lg ker....
Projek_Luar Post at 10-2-2011 14:26


ubah di atas tu dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 05:19 PM | Show all posts
Rosyam Nor boli tak keto nie??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2011 05:34 PM | Show all posts
bunyi ekzos sedap tu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 07:00 PM | Show all posts
CPS dia kick kat brpe RPM?

konpem NEO ni kena geletek dgn brader2 EG VTEC pranggg kat tgh hiway nanti....
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 09:25 PM | Show all posts
CPS dia kick kat brpe RPM?

konpem NEO ni kena geletek dgn brader2 EG VTEC pranggg kat tgh hiway  ...
dragger Post at 10-2-2011 19:00



    ni campro biasa la bang.. tak main la CPS ka VTEC ka MIVEC ka dok buka rpm bape kehulu bukak kehilir tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 12:04 AM | Show all posts
ni campro biasa la bang.. tak main la CPS ka VTEC ka MIVEC ka dok buka rpm bape kehulu buk ...
peYno Post at 10-2-2011 21:25



    CPS la bangggggggggggggggg..... Cam Profile Switching tu... baco la boto2...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 01:46 AM | Show all posts
campro pon de kick 4 rpm pe
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 01:46 AM | Show all posts
tp ade org kate "enjim campro lembap tak sedap..lembap"
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 02:24 AM | Show all posts
tp ade org kate "enjim campro lembap tak sedap..lembap"
kucingTomey Post at 11-2-2011 01:46



    memang lembab pong..  terutama auto trans.. cam ampeh.. miahahha...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 07:42 AM | Show all posts
pick up kurang la.. tapi top speed pergh memang tak ingat..tu CAMPRO la CPS x tak tau la plak.. mungkin pick up ok kot paper pun tepuk dada tanya hati tengok poket hehehehe.. design lawa tu... bunyi ekzos pun macam best je hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2011 09:28 AM | Show all posts
kalu nk pickup, sebelum launch tu tekan minyak sampai RPM 4000++ (max torque)..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2011 10:54 AM | Show all posts
rosyam nor beli yang lotus edition tu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 07:07 PM | Show all posts
tp ade org kate "enjim campro lembap tak sedap..lembap"
kucingTomey Post at 11-2-2011 01:46



lembap mcm kura2 demam ke?  
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 07:19 PM | Show all posts
aku ingat org main paint ball nak shoot neo ni... hampeh....


bunyi ekzos R3 mmg camtu je bunyi die... lebih kurang ekzos r3 sebi aku la...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.497405 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list