CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1469|Reply: 0

[Selangor] Banjir Selangor: 569 mangsa ditempatkan di PPS

[Copy link]
Post time 6-11-2023 05:54 PM | Show all posts |Read mode

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Bangi membantu membersihkan Balai Raya Kampung Bangi yang ditenggelami banjir berpunca dari air Sungai Bangi yang melimpah akibat hujan lebat ketika tinjauan pasca banjir di Kampung Bangi Tambahan, Bangi. FOTO AIZUDDIN SAAD

Kuala Lumpur: Sebanyak lapan pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di Selangor dengan 569 mangsa daripada 150 keluarga masih ditempatkan di pusat berkenaan, setakat 4 petang ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Selangor dalam kenyataan berkata, kawasan yang terjejas adalah di daerah Gombak, Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang.

"Empat PPS masih dibuka di Sepang iaitu Dewan Orang Ramai Taman Gemilang yang menempatkan 49 mangsa daripada 15 keluarga manakala seramai 101 mangsa daripada 24 keluarga di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Dato Ahmad Razali.

"Seramai 89 mangsa daripada 20 keluarga ditempatkan di PPS Dewan MPKK Kampung Jenderam Hilir dan 221 mangsa daripada 65 keluarga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dengkil," katanya.



Menurut kenyataan itu lagi, seramai 91 mangsa daripada 21 keluarga masih ditempatkan di dua PPS di daerah Hulu Langat iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bangi dan SK Semenyih.

Seramai lima mangsa daripada tiga keluarga masih ditempatkan di PPS Dewan Seroja Kampung Bendahara, Gombak dan dua keluarga (13 mangsa) di PPS Dewan Komuniti Taman Desa Hulu Yam Bharu.

Dalam pada itu, PPS Dewan Serbaguna Camelia MBSJ, Putra Heights di daerah Petaling sudah ditutup sepenuhnya pada 3 petang ini.

Kesemua 10 mangsa daripada tiga keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas banjir surut.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -ditempatkan-di-pps
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190815 Replies : 7000
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112070 Replies : 4892
[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji Min, Lee Joon Hyuk ~ 3 January 2025
Rahah[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji M
Views : 61846 Replies : 311
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18506 Replies : 18
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11615 Replies : 18
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 23910 Replies : 12
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24925 Replies : 122
Ogy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekarang Garang!
piaoOgy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekar
Views : 6921 Replies : 10
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 30941 Replies : 32
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67022 Replies : 507

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.096343 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list