CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3802|Reply: 41

Terlampau Marah, Boikot Dan Buang Semua Produk Israel, Yang Belum Buka Pun Ada -Rezeki Jiran Sebelah Kutip Balik Semua

[Copy link]
Post time 6-11-2023 09:11 AM | Show all posts |Read mode
Seorang individu mendedahkan dia telah mengutip beberapa barangan dapur yang dibuang jirannya kerana jenama tersebut didakwa memberi sokongan kepada Israel.


“Jiran saya aura marah dia kat Israel amat tinggi sampai semua ni (barang makanan) nak dibuangnya.


“Nasib baik lori sampah belum datang, saya ambil sajalah... tak salahkan?


“Saya pun boikot juga, setakat tak beli sahaja. Ni yang dah beli dia nak buang... bagus sungguh dia,” tulisnya di Facebook.




Foto: FB




Katanya kebanyakan barangan yang dibuang masih belum dibuka.


Malah dia turut meminta mereka yang ingin memboikot supaya melakukannya dengan 'ilmu' atau tindakan tersebut hanya akan menguntungkan orang lain.


Menerusi gambar yang dikongsikan, produk yang dibuang oleh jirannya itu adalah jenis minuman dan coklat.


Hantaran tersebut turut dikongsikan seorang pelayar X, yang turut bersetuju dengan pandangannya tentang ‘ilmu’ boikot.


“Boikot maksudnya berhenti beli yang baharu. Ini dah beli dulu-dulu, yang jiran dia pergi buang juga kenapa ya? IQ (darjah kecerdasan) 3000 move ni,” ciapnya.


Di ruangan komen, kebanyakan warga maya turut berpandangan sama dan menyifatkan jirannya itu sebagai tidak memahami maksud boikot yang sebenarnya.


“Dah beli lama tapi buang, kan jadi membazir pula.


“Nak boikot memang kena ada ilmu. Jangan ingat kita buang tu membawa kebaikan, sebenarnya berdosa sebab membazir.


“Pakai sampai habis apa yang dah terbeli tu, lepas habis jangan beli dah,” ujar beberapa warga maya.


Bagaimanapun segelintir netizen lagi beranggapan bahawa jiran yang dimaksudkan itu mungkin berasa sedih untuk menikmati makanan daripada jenama berkaitan kerana membayangkan mangsa konflik Palestin.


“Betul tapi kena fikir juga dari sudut pandangan mereka... Nescafe yang saya dah beli, setiap kali nak bancuh memang rasa bersalah.


“Rasa bersalah apabila minum sedap lagi-lagi jenama Israel... teringat dekat bayi Palestin yang tak dapat minum,” ujar segelintir lagi netizen. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2023 09:18 AM | Show all posts
Boikot brmusim.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 09:28 AM | Show all posts
dia tak lalu nak masuk perut tu. nak makan je, nampak baby berdarah. nak telan nampak mayat budak kecik terkujur. tak perlu pun merendahkan orang lain sambil menunjukkan kebijaksanaan sendiri. ni pesanan umum bukan pada tuan post.

daku boikot targeted brand, setia boikot sejak berbelas tahun lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols mmg da lama boikot rasa hampir 10 tahun..jujur ckp xsemua la dpt diboikot..tapi alhamdulillah siket2 kita tukar jenama lain
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 09:37 AM | Show all posts
boikot ni kena istiqomah...akan ada suara2 iblis di sekeliling kita utk menghasut dan berckp boikot bermusim la, boikot tak menjadi la, kalau nak boikot kena boikot semua la. etc...suara2 iblis ni menjadi kekuatan kpd umat islam utk terus kukuh di landasan tuhan
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 09:46 AM | Show all posts
mcm iklan axion zaman 90s
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2023 09:54 AM | Show all posts
bagi alamat uols sis, weols nak buat dumspter diving malam kang
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Ye ke tidak tu.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2023 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada sedera mara meols pun mcm ni. Boikot habis katanya. Buang semua BBW body spray. Last2 iphone, ipad, airpod, macbook segala mcm apple products anak branak taknak boikot buang pulak. Macam2 hal.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 10:34 AM | Show all posts
iols speku maybe jiran dia trauma kot everytime nak minum brand tu. terbyg anything yg dlm gmbr tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 10:38 AM | Show all posts
hasanah batak like or jiran busy body..
orang tu kalau buang dalam plastik hitam, cam mana kau nampak apa benda dalam?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Org melayu ni emotional xtentu arah. Dan suka teori konspirasi.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni lah i cakap ke’tidak pandai’an tu. Kalau dah beli, duit dah mmg dah sah2 masuk kantung company. Buat apa nak buang. Membazir amalan syaitan. Orang cerita ‘today n tomorrow’ punya usaha. Pening tgk rakyat malaysia ni. Membuta tuli btl. Haha

Tapi kalau niat dia buang sbb x sanggup nak telan, minum milo terbayang baby yg otak terkeluar sbb kena bom, i faham la niat tu. Mmg ada orang dah mcm ‘ptsd’ tgk keadaan palestinian harini. Ni masalah psychology, xleh buat apa. Sedeqah kan jela kat jiran. Dapat pahala. Jangan buang terus, bagi elok2 kat orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Smlm pergi KFc waktu puncak, nmpk tiada org..selalu penuh kat situ. Tapi nmpk ramai yg order online
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Melayu keluar cerita acik senah terus percaya. Itu pasal senang aje lobai pas tipu melayu
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Jiran ni pun satu, ko mbik brg buangan org, diam2 blh x, klu kau x bising mungkin ada lagi org xcerdik yg buang makanan diorg, kau jugak yg untung dpt rezeki...bodoh x dpt disimpan jiran ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2023 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 6-11-2023 10:38 AM
hasanah batak like or jiran busy body..
orang tu kalau buang dalam plastik hitam, cam mana kau nampa ...

haa kan, logik juga, ke content diri sendiri untuk marketing, bukan pasal skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 12:05 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 6-11-2023 10:38 AM
hasanah batak like or jiran busy body..
orang tu kalau buang dalam plastik hitam, cam mana kau nampa ...

meols pun rasa hasanah jer....org boikot dgn tak beli barang baru, bukan buang barang yg dah ada...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 12:12 PM | Show all posts
Purplehaz replied at 6-11-2023 11:18 AM
Smlm pergi KFc waktu puncak, nmpk tiada org..selalu penuh kat situ. Tapi nmpk ramai yg order online

Ramai yg nak makan tapi takut kena perati dek ekstrimis yg melarang org memboli
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Purplehaz: Smlm pergi KFc waktu puncak, n ...
giler nak dine in sat lagi muka kena viral dgn batak2 yg suka bt konten
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.218706 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list