|
Seorang pemandu e-hailing meminta pelanggannya untuk hantar lokasi sebenar, namun terkejut menerima gambar payudara seorang wanita.
Difahamkan pemandu tersebut sepatutnya mengambil pelanggan dari Pavilion Square di 345 Geylang Road dan menghantarnya ke Shaw House di Orchard di Singapura.
MSNews melaporkan, menganggap sudah tiba ke lokasi, pemandu tersebut menghantar mesej kepada pelanggan wanita itu pada pukul 7.54 malam dan bertanyakan lokasi sebenarnya.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202311/03/134359y0dvz7v79p9pqv9i.png) Foto:MSNews
Pelanggan kemudian menyatakan bahawa dia sebenarnya berada di '325 Geylang', menyebabkan pemandu untuk bertanya kenapa menetapkan lokasi sebagai '345'.
Daripada menghantar gambar lokasi sebenarnya, pelanggan berkenaan mengirimkan foto seorang wanita memakai tank top yang mendedahkan bentuk payudara.
Mungkin terkejut dengan gambar itu, pemandu itu menjawab, "Tiada guna anda menghantar gambar payudara anda. Hantar gambar tempat tersebut."
Malangnya, mesej itu telah dikategorikan sebagai 'kandungan yang tidak sesuai', mungkin disebabkan oleh perkataan 'payudara'.
Pemandu itu kemudian menyunting mesej tersebut, menggantikan perkataan 'payudara' dengan istilah lain.
Tidak dijelaskan sama ada pelanggan membalas mesej berkenaan selepas itu.
Bagaimanapun, berdasarkan kapsyen OP, pelanggan itu mungkin akhirnya membatalkan tempahan kerana pemandu tersebut mendakwa telah menerima pampasan S$4 (RM13.92). -CARI
Sumber: mStar |
|