CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1009|Reply: 0

[Pulau Pinang] Nasi lemak dipercayai punca 49 murid keracunan makanan

[Copy link]
Post time 2-11-2023 08:48 PM | Show all posts |Read mode
Nasi lemak dipercayai punca 49 murid keracunan makanan


Siti Aminah Mohd Yusof
[email protected]



GAMBAR hiasan.




Georgetown: Seramai 49 murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Convent Dato Keramat dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) Convent Dato Keramat, di sini mengalami keracunan makanan.

Exco Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Exco Gooi Zi Sen berkata, siasatan mendapati kedua-dua sekolah itu menggunakan kantin sama, yang membabitkan keseluruhan 903 pelajar.

"Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang melalui Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut menerima dua notifikasi kes keracunan makanan daripada hospital swasta babitkan 21 murid SJKC dan 28 kes SMJKC semalam.

"Tiga daripadanya dirawat di hospital dan sudah dibenarkan pulang, manakala 14 murid mendapat rawatan di klinik swasta sebagai pesakit luar.

"Baki 32 murid lagi yang bergejala ringan tidak mendapatkan rawatan di mana-mana fasiliti kesihatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Daniel berkata, insiden itu disyaki berpunca daripada nasi lemak, namun siasatan lanjut masih lagi dijalankan.

Susulan kejadian, katanya, pendidikan kesihatan mengenai keselamatan makanan dan kebersihan tangan sudah diberi kepada semua pekerja kantin, pengendali makanan, guru dan murid selain pihaknya turut melakukan pemeriksaan di kantin serta dapur pembekal.

"Markah bagi pemeriksaan kantin sekolah memuaskan bagaimanapun penambahbaikan daripada aspek kebersihan yang perlu dilakukan oleh pihak kantin sekolah dan juga pembekal makanan terlibat," katanya.



Disiarkan pada: November 2, 2023 @ 7:43pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.075614 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list