CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1265|Reply: 0

[Terengganu] Pengutip sampah tak mengaku rogol anak

[Copy link]
Post time 2-11-2023 05:21 PM | Show all posts |Read mode

TERTUDUH (tengah) mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap anak perempuanya. FOTO Rosli Ilham

Chukai: Pengutip sampah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kemaman di sini, hari ini atas dua pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuannya yang berusia 13 tahun September lalu.

Tertuduh berusia 36 tahun itu membuat pengakuan sedemikian selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa merogol kanak-kanak itu di sebuah rumah di daerah Kemaman, jam 8 pagi pada 29 September lalu.

Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan 10 sebatan maksimum, jika sabit kesalahan.



Tertuduh turut didakwa melakukan amang seksual fizikal di alamat, masa dan tarikh sama serta didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mahkamah menetapkan 4 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan tertuduh dibenarkan diikat jamin RM14,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.

Tertuduh juga turut dikenakan syarat tambahan tidak boleh mendekati dan mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan sehingga perbicaraan selesai.

Pendakwaan kes itu dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Syairah Mohamad Razali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -mengaku-rogol-anak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik perhatian Tengku Ampuan Pahang
ultra78Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik p
Views : 1739 Replies : 2
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 177985 Replies : 4060
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 22055 Replies : 126
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 5356 Replies : 21
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 7193 Replies : 81
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 39865 Replies : 244
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 14548 Replies : 98
Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis
YgBenarDatuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan di
Views : 3703 Replies : 14
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73134 Replies : 2947
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 45540 Replies : 309

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.438210 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list