CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1505|Reply: 0

[Terengganu] Suami isteri direman kes bunuh peniaga wanita

[Copy link]
Post time 2-11-2023 02:27 PM | Show all posts |Read mode

PENIAGA dan suaminya direman susulan kes bunuh warga emas di tepi jalan besar berhampiran Pejabat Agama Hulu Terengganu, Kuala Berang semalam. FOTO Ghazali Kori.

Marang: Peniaga direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh seorang wanita warga emas di tepi jalan besar berhampiran Pejabat Agama Hulu Terengganu, Kuala Berang semalam.

Turut direman, suami suspek yang berusia 37 tahun yang bekerja sebagai mekanik.

Perintah reman terhadap suspek wanita berusia 35 tahun dan suaminya itu dikeluarkan Majistret Zur Azureen Zainalkefli.

Ia bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dijalankan.


Terdahulu, dua suspek yang berpakaian lokap tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Marang kira-kira jam 10 pagi.

Media semalam melaporkan seorang peniaga wanita ditemukan mati dengan 15 kesan tikaman di bahagian badan di tepi jalan besar berhampiran Pejabat Agama Hulu Terengganu, Kuala Berang.

Mayat berusia 65 tahun ditemui pengawal keselamatan di dalam longkang di kawasan berkenaan pada 4.35 pagi.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... unuh-peniaga-wanita

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 02:59 AM GMT+8 , Processed in 2.389116 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list