CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4076|Reply: 0

Partey terus buat kem Arsenal pasrah

[Copy link]
Post time 2-11-2023 07:17 AM | Show all posts |Read mode
Partey terus buat kem Arsenal pasrah

PARTEY dikatakan bakal diketepikan sehingga penghujung tahun ini disebabkan kecederaan terbaharu dialaminya baru-baru ini. – AFP


LONDON – Arsenal sudah mula pasrah dengan kecederaan melibatkan pemain tengah berpe­ngaruhnya, Thomas Partey se­perti tiada kesudahan apabila bakal disisihkan sekali lagi untuk tempoh yang panjang.

Difahamkan, Partey mengalami kecederaan ketika menjalani sesi latihan minggu lalu dengan ujian imbasan oleh pegawai perubatan menyaksikan pemain antarabangsa Ghana itu mungkin diketepikan sehingga penghujung tahun ini.

Situasi berbeza ketika Partey mewakili bekas kelabnya, Atletico Madrid apabila hanya terlepas lima perlawanan kompetitif sepanjang lima musim sebelum menyertai The Gunners pada tahun 2020.

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta bingung dengan situasi melanda pemain berusia 30 tahun itu selepas dilanda kecederaan demi kecederaan sejak tiga tahun lalu.

“Kami agak risau dengan masalah kecederaan yang dialami oleh Partey kerana dia merupakan tunjang utama pasukan ini. Anda boleh lihat bagaimana dia bermain jika cergas sepenuhnya dan diletakkan dalam kesebelasan utama.

“Cuma, musim ini kami telah mengambil langkah berjaga-jaga tetapi dia masih lagi dibelenggu kecederaan. Saya tidak tahu apa yang berlaku tetapi saya percaya dia akan bangkit semula selepas ini.

“Mengenai jangka masa diberikan oleh pegawai perubatan, saya harap tidak terlalu lama tetapi mungkin memakan masa beberapa minggu sebelum dia dapat kembali sertai skuad utama nanti,” katanya. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... kem-arsenal-pasrah/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.246784 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list