CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4365|Reply: 1

[Kedah] Dua kanak-kanak lemas jatuh kolam udang

[Copy link]
Post time 1-11-2023 09:36 PM | Show all posts |Read mode
Dua kanak-kanak lemas jatuh kolam udang

oleh SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
01 November 2023   09:25pm








Mayat dua kanak-kanak lemas akibat terjatuh ke dalam kolam udang dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat.



SUNGAI PETANI - Dua kanak-kanak lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam sebuah kolam udang dekat Kampung Sungai Emas Hujung, Kota Kuala Muda di sini lebih kurang jam 2 petang Rabu.

Mangsa, Muhammad Aidil Adha Mohd Ali, 5, dan sepupunya, Muhammad Syafiq Amsyar Abdul Syahid, 3, disedari hilang ketika sedang bermain dekat kolam berkenaan yang terletak berdekatan rumah mereka.



Bagaimanapun, hasil pencarian di sekitar kawasan rumah tidak menemui kelibat mereka sebelum bapa salah seorang daripada kanak-kanak itu menyedari bahawa kemungkinan mangsa terjatuh dalam kolam udang terbabit.

Pencarian akhirnya menemui kedua-dua mangsa sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Kota Kuala Muda untuk rawatan lanjut.



Bagaimanapun, kanak-kanak terbabit disahkan telah meninggal dunia.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan mengenai kejadian terbabit.


Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-11-2023 10:43 PM | Show all posts

Mohd Ali Abdul Rahman (kiri) ketika mengiringi jasad anak dan anak saudaranya ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar. Gambar kecil; Muhammad Aidil Adha Mohd Ali dan Muhammad Syafiq Amsyar Abdul Syahid. NSTP/ZULIATY ZULKIFFLI
kredit - BH.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.279239 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list