CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1839|Reply: 0

Peluang Arif Aiman cipta hatrik

[Copy link]
Post time 1-11-2023 01:35 PM | Show all posts |Read mode

ARIF Aiman Hanapi (tengah) berpotensi untuk meraih gelaran hatrik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2023 berdasarkan prestasinya dalam JDT dan skuad kebangsaan.


PETALING JAYA: Bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dilihat berpeluang cerah untuk mencatat hatrik bagi memenangi anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) menjelang Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2023 (ABK23).

Prestasi cemerlang bersama skuad Harimau Selatan dan juga pasukan negara menyaksikan pemenang MVP 2021 dan 2022 itu menjadi calon pilihan untuk dinobatkan sekali lagi mengungguli anugerah berkenaan.

Anugerah itu dijadualkan berlangsung pada hujung Disember depan dengan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) telah memperkenalkan dua anugerah baharu iaitu Penjaring Terbanyak Piala MFL dan Pemain Terbaik Piala MFL.

Sebanyak 16 anugerah keseluruhan di ABK23 bakal menjadi rebutan 10 calon yang telah disenarai pendek oleh badan pengelola liga tempatan berkenaan.

Acara tahunan berprestij bola sepak tempatan itu diadakan bagi memberikan pengiktirafan kepada pencapaian yang telah diraih pelbagai pihak dalam arena bola sepak tanah air terutamanya kepada pemain dan jurulatih dalam kancah Liga M musim ini.

Musim lalu, ABK22 diadakan secara virtual menyaksikan sebanyak 16 kategori anugerah dipertandingkan membabitkan semua pertandingan iaitu Piala Sultan Ahmad Shah, Liga Super, Piala FA, Liga Perdana dan Piala Malaysia.

Musim ini, MFL memperkenalkan Piala MFL bagi menggantikan Liga Perdana serta mengadakan semula pertandingan Piala Cabaran MFL yang kali terakhir dianjurkan pada edisi kedua 2019.

Kali ini MFL berbesar hati apabila dapat kembali menganjurkan acara berprestij ini secara fizikal yang bakal menyaksikan persaingan lebih menarik.

Sudah pasti tumpuan peminat bola sepak tempatan adalah debaran untuk mengetahui siapakah individu yang bakal dijulang sebagai pemenang selepas mempersembahkan prestasi terbaik sepanjang saingan Liga Malaysia 2023 berlangsung.

“Seramai 398 daripada 782 pemain telah disenarai pendek berdasarkan penampilan bersama kelab masing-masing sebelum dibawa ke Jawatankuasa Saringan ABK23 bagi menyenaraipendekkan 10 pemain terbaik dalam setiap kategori.

“Para pemain dipilih dalam setiap kategori mengikut posisi yang didaftarkan oleh pasukan masing-masing.

“Lapan kategori dengan keputusan undian akan dibuat oleh 14 ketua jurulatih dan 14 ketua pasukan Liga Super, 15 ketua jurulatih dan 15 ketua pasukan Piala MFL serta 29 wakil media,” menurut MFL dalam satu kenyataan semalam. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... aiman-cipta-hatrik/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.050990 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list