CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 859|Reply: 0

Messi rangkul Ballon d'Or kelapan

[Copy link]
Post time 31-10-2023 11:48 AM | Show all posts |Read mode

LIONEL Messi. FOTO Agensi

Paris: Lionel Messi akui masih belum memikirkan tentang masa depannya sebaliknya mahu terus menikmati kejayaan demi kejayaan termasuk memenangi anugerah Ballon d'Or buat kali kelapan dalam kariernya.

Messi, 36, yang membantu Argentina menjulang Piala Dunia di Qatar tahun lalu berjaya merampas anugerah pemain terbaik dunia itu daripada pemenang musim lalu Karim Benzema.

"Kali terakhir saya menang (Ballon d'Or) adalah hasil kejayaan membawa Argentina menjuarai Copa Amerika (pada 2021), tetapi kali ini lebih istimewa di mana ia berlaku selepas memenangi Piala Dunia," kata Messi kepada media.

"Itulah trofi (Piala Dunia) yang paling semua orang mahu menangi, dan ia adalah impian yang menjadi kenyataan untuk saya, rakan sepasukan dan negara saya," katanya.

Kejayaan menakjubkan di Qatar membolehkan Messi merangkul Ballon d'Or kelapan untuk mengatasi pencabar terdekat penyerang Norway, Erling Haaland dan ayam tambatan Perancis, Kylian Mbappe.

Haaland menduduki tempat kedua dalam undian terakhir, dengan Mbappe ketiga dan Kevin De Bruyne di tempat keempat.

Bekas bintang Barcelona itu muncul penjaring terbanyak di Piala Dunia dengan tujuh gol dan dinobatkan sebagai pemain terbaik selepas Argentina menewaskan Perancis menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir di Doha.

Namun Messi, yang memenangi Ballon d'Or pertamanya pada 2009, juga mengalami musim terakhir yang kurang memberangsangkan di Paris Saint-Germain, sebelum berhijrah menyertai Inter Miami dalam Major League Soccer di Amerika Syarikat.

"Saya tidak memikirkan tentang masa depan kerana saya mahu menikmati permainan bola sepak setiap hari," katanya yang bakal menginjak usia 39 tahun apabila Piala Dunia 2026 berlangsung di benua Amerika Utara nanti.

"Saya tidak sabar untuk membantu Argentina beraksi di Copa Amerika dan Piala Dunia nanti di mana kami adalah juara bertahan. Saya mahu mencuba berikan yang terbaik dan berharap mampu membantu negara di saingan itu nanti," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -ballon-dor-kelapan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.332192 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list