View: 774|Reply: 0
|
'Saya sentiasa dahagakan gol'- Haaland
[Copy link]
|
|
ERLING Haaland dinobatkan pemenang trofi Gerd Muller dalam anugerah Ballon d'Or di Paris, Perancis, awal pagi tadi. FOTO X Ballon d’Or
Paris: Erling Haaland akan terus 'mengganas' di depan gawang bagi mencetak lebih banyak jaringan selepas dia dinobatkan pemenang trofi Gerd Muller dalam anugerah Ballon d'Or di Paris, Perancis, awal pagi tadi.
Haaland, 23, yang terpaksa akur di tempat kedua di belakang Lionel Messi yang memenangi Ballon d'Or kelapan akui tidak akan berputus asa dan akan tampil lebih garang selepas ini.
Untuk rekod, penyerang Manchester City itu sudah meledak 56 gol sepanjang musim 2022/2023, dengan pencapaian gemilang membantu City menjuarai treble termasuk memenangi Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Liga Juara-Juara Eropah.
"Ini tugas saya (menjaringkan gol), sebab itu saya di sini. Itu adalah kepakaran saya," katanya pada majlis gilang gemilang di Paris itu.
"Jika anda menanyakan apa yang saya mahu, saya akan berkata yang saya sentiasa 'dahagakan' gol. Saya berdiri di sini dan akan terus berusaha memburu gol.
"Perasaan ketika ini amat menakjubkan dan saya mengalaminya beberapa kali musim lalu (gembira membantu City menjuarai trofi). Saya mahu menikmati rasa sama musim ini dan musim-musim berikutnya," kata pemain kebangsaan Norway itu.
Anugerah trofi Gerd Muller yang dimenangi Haaland adalah anugerah mengiktiraf penyerang terbaik dunia. Sebelum ini, ia dimenangi Robert Lewandowski dari Poland.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... hagakan-gol-haaland |
|
|
|
|
|
|
| |
|