CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3595|Reply: 0

[Pulau Pinang] Ustaz Kazim tidak akan terima jemputan di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 29-10-2023 05:22 PM | Show all posts |Read mode
Ustaz Kazim tidak akan terima jemputan di Pulau Pinang


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Oktober 29, 2023 @ 11:54am  [email protected]




Tangkap layar video tular Penceramah Bebas Ustaz Datuk Mohd Kazim Elias di Masjid Al-Ittifaq Sungai Nibong Kecil, di sini, selepas menerima arahan tidak dibenar meneruskan kuliah di Pulau Pinang. - Foto tangkap layar video tular




BAYAN LEPAS: "Kuliah ditangguhkan sebab saya tidak dibenarkan menyampai kuliah, jadi saya ambil keputusan bagi tidak lagi mengajar di Pulau Pinang bermula hari ini (semalam)."

Begitu kata Pendakwah Bebas, Datuk Mohd Kazim Elias di Masjid Al-Ittifaq Sungai Nibong Kecil, di sini, semalam, selepas menerima arahan tidak dibenarkan memberi kuliah di Pulau Pinang.

Ucapan berkenaan dipercayai dirakam jemaah menerusi video berdurasi 3.08 saat dan turut tular di media sosial sejak pagi tadi.

Menerusi video berkenaan, Mohd Kazim berkata, sebagai rakyat Malaysia yang patuh kepada arahan, beliau menerima keputusan berkenaan.

"Ini adalah pertemuan terakhir dengan tuan-tuan jadi saya datang ke sini bukan untuk beri kuliah, tetapi nak sampaikan ucapan terima kasih kepada pihak masjid kerana sudi menjemput saya menyampaikan kuliah.

"Begitu juga kepada semua (pengurusan) masjid dan surau yang jemput saya selama 33 tahun menyampaikan ceramah di Pulau Pinang sehinggalah pada bulan empat (April) lalu.

"Jadi, semua program bermula malam ini sehingga bila-bila, saya tidak lagi terima sebarang jemputan di Pulau Pinang kerana mematuhi arahan ini," katanya menerusi video berkenaan, di sini, semalam.

Mohd Kazim berkata, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan Pejabat Mufti Pulau Pinang atas kerjasama sebelum ini.

"Insyaallah, mungkin kita dapat ikuti kuliah lagi dalam platform yang lain," katanya lagi.

Sementara itu, Pengerusi Al-Ittifaq Sungai Nibong Kecil, Jaafar Talib mengesahkan video tular itu dan pihaknya akur dengan keputusan jabatan agama serta penceramah bebas berkenaan.

Jaafar mendakwa, Mohd Kazim terdahulu menerima arahan itu sebelum tampil ke masjid bagi memberi penjelasan berkenaan arahan terbabit.

"Ustaz sudah datang, tetapi tidak dibenar menyampaikan kuliah. Beliau sering dijemput ke masjid ini bagi pengajaran agama selain membeli kuliah dan ceramah.

"Pada mulanya, saya sangka arahan ini adalah bagi masjid ini sahaja, rupa-rupanya untuk seluruh Pulau Pinang. Beliau juga pernah tidak dibenar mengadakan kuliah atau ceramah di negeri ini pada April lalu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, BH sedang berusaha mendapatkan kenyataan daripada JHEAIPP dan MAINPP.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.044759 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list