View: 4123|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
Kerajaan Pulau Pinang nafi Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah retak
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/1029rsjambatan_1698566400.jpg)
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
Georgetown: Kerajaan negeri Pulau Pinang menafikan dakwaan berlaku keretakan di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dekat sini seperti ditularkan pengguna media sosial sejak pagi ini.
Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Pembangunan Digital negeri, Zairil Khir Johari berkata pihaknya sudah membuat semakan bersama Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) dan mendapati insiden keretakan jambatan seperti dipaparkan video terbabit berlaku di luar negara pada 2014.
"Sedang tular di kumpulan WhatsApp berkaitan penyebaran video kononnya Jambatan Pulau Pinang retak seperti dalam video.
"Hasil semakan mendapati ia adalah video lama dan insiden itu berlaku di luar negara sekitar tahun 2014," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Zairil menggesa penyebaran video memaparkan berita palsu dan tidak sahih sedemikian dihentikan supaya tidak menimbulkan ketakutan kepada masyarakat umum.
Sementara itu, jurucakap JKSB turut mengesahkan insiden itu tidak berlaku di negeri ini.
"Saya boleh mengesahkan ia tidak berlaku di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Faktanya ia tidak berlaku di Malaysia," katanya ketika dihubungi.
Terdahulu video tular berdurasi 28 saat memaparkan sebuah jambatan yang didakwa Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang popular dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang retak bersama mesej memberi amaran kepada pengguna supaya berhati-hati.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -muadzam-shah-retak |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|