View: 5004|Reply: 0
|
O'Neil puas hati dapat ikat Newcastle
[Copy link]
|
|
HEE Chan (kiri) meraikan gol penyamaan ketika Wolves mengikat Newcastle. FOTO AFP
Wolverhampton: Hwang Hee Chan menjaringkan gol penyamaan ketika Wolverhampton Wanderers seri 2-2 dengan Newcastle United tetapi tuan rumah mengalami tamparan hebat apabila penyerang, Pedro Neto diusung keluar akibat kecederaan hamstring.
Newcastle, yang melebarkan rekod tanpa kalah kepada enam perlawanan, menduduki tempat keenam dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan meraih 17 mata selepas 10 perlawanan.
Wolves kendalian Gary O'Neil, tidak tewas dalam lima perlawanan terakhir, menduduki tangga ke-12 dengan 12 mata.
"Persembahan yang baik, dan semoga Pedro tidak akan rehat terlalu lama," kata O'Neil kepada Sky Sports.
"Untuk semua pemain dapat mempamerkan persembahan seperti itu menentang pasukan Liga Juara-Juara adalah usaha yang besar buat mereka," tambahnya.
"Tetapi anda rasa jika beberapa perkara mungkin berlaku, kami bernilai untuk tiga (mata).
"Bagaimanapun anda dapat rasa beberapa perkara terlepas begitu sahaja di mana kami mempunyai peluang meraih tiga mata."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... apat-ikat-newcastle |
|
|
|
|
|
|
| |
|