CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3766|Reply: 0

JDT benam KUFC saat akhir

[Copy link]
Post time 29-10-2023 10:17 AM | Show all posts |Read mode
JDT benam KUFC saat akhir



Pemain Kelantan United FC, Muhamad Azarul Nazarith Azhar (kiri) diasak oleh pemain JDT, Daryl Sham K K George (kanan) dalam aksi perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar


KOTA BHARU: Juara Liga Super 2023, Johor Darul Ta'zim Football Club (JDT FC) menepati ramalan mengatasi Kelantan United Football Club (KUFC) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu sebentar tadi.

Muhammad Syahmi Safari terlebih dahulu nyaris menghasilkan gol pembukaan pelawat namun sekadar melepasi tiang gol KUFC.

Selang dua minit, Diogo Luis Santo gagal menterjemah gol pada umpan cantik Muhammad Nazmi Faiz Mansor apabila tidak bersedia menerima hantaran bola daripada bahagian belakang beliau untuk merobek gawang tuan rumah yang sudah terbuka luas apabila bola melambung ke tiang gol.

Percubaan jarak jauh Fernando Martin Forestieri juga melepas tiang gol skuad kijang hijau minit ke 25 menyaksikan harimau selatan terus kempunan jaringan.

Selang seminit, kapten KUFC, Morgaro Lima Gomis hampir menghadiahkan gol pertama KUFC namun lorongan lemah beliau mudah dibaca Ahmad Syihan Hazmi Mohamed untuk mendakap kemas bola.

Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan kekal hingga tamat babak pertama perlawanan.

Memasuki babak kedua, gol ditunggu JDT akhirnya tiba menerusi rembatan Forestieri pada minit ke-74.

Berbaki seminit, pemain gantian, Bergson Da Silva mengesahkan kemenangan JDT dengan rembatan kencang untuk gol kedua pelawat.

Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... nam-kufc-saat-akhir

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.056286 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list