CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14063|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Allahyarham banyak cakap soal kematian'

[Copy link]
Post time 28-10-2023 08:17 PM | Show all posts |Read mode
'Allahyarham banyak cakap soal kematian'


Oleh Nur Izzati Mohamad - Oktober 28, 2023 @ 7:46pm [email protected]




Allahyarham Badrul disahkan meninggal dunia dalam tidur di sebuah homestay di Pulau Pinang, pagi tadi. - Foto NST




BUKIT MERTAJAM: Allahyarham Badrul Muhayat yang meninggal dunia ketika tidur pagi tadi sering bercakap soal kematian sejak sebulan lalu.

Rakan rapatnya, Zazly Baginda berkata, arwah pernah menceritakan bahawa dirinya seolah-olah hendak pergi meninggalkan dunia ini ketika berbual dengannya.

"Arwah sangat rapat dengan saya dan dia pernah sebelum ini cakap bahawa dirinya macam nak mati.

"Dia banyak sangat cakap soal mati," katanya hari ini.

Sementara itu, berita pemergian mengejut pelakon terbabit turut memberi tamparan besar kepada rakan artis lain yang berkecimpung bersama aktor berkenaan suatu ketika dahulu.

Bagi Nadia Kesuma, dia bersama beberapa rakan artis, termasuk Allahyarham Badrul pergi ke Pulau Pinang untuk menyertai karnival dianjurkan UDA Holdings Bhd (UDA) di Jalan Baru, Perai, dekat sini yang bermula kelmarin.

"Kami berada di sini (Pulau Pinang) sejak Khamis lalu dan sepanjang tempoh ini arwah tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa dia mengalami masalah kesihatan.

"Saya tahu arwah ada menghidap penyakit kencing manis namun keadaannya semakin sihat berbanding dahulu," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.173790 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list