CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4485|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Dua didakwa lakukan pemerasan, kurung bekas rakan sekerja di kelab malam

[Copy link]
Post time 26-10-2023 05:12 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan pemerasan dan mengurung secara salah bekas rakan sekerja mereka di sebuah premis hiburan, minggu lalu.

Ahli perniagaan Wong Meng Jit, 35, dan pengurus jualan Loong Yuen Hong, 33, didakwa bersama-sama melakukan pemerasan terhadap Ng Zhou Kang, 30, dengan mendatangkan ketakutan terhadap mangsa sehingga mendorongnya menyerahkan wang tunai RM658,000 di sebuah bilik kelab malam di Kuchai Lama di sini pada 9 malam, 15 Oktober lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Wong dan Loong juga didakwa bersama-sama mengurung Ng pada tempat, masa dan tarikh sama mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Zuhairi Osman menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin untuk kedua-dua pertuduhan bagi setiap tertuduh, namun peguam Tan Kian Peng yang mewakili kedua-dua lelaki itu memohon jaminan rendah kerana mereka menanggung keluarga.

Majistret M.S Arunjothy membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 November ini untuk sebutan kes.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-kelab-malam%C2%A0
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190815 Replies : 7000
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112070 Replies : 4892
[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji Min, Lee Joon Hyuk ~ 3 January 2025
Rahah[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji M
Views : 61846 Replies : 311
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18506 Replies : 18
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11615 Replies : 18
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 23910 Replies : 12
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24925 Replies : 122
Ogy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekarang Garang!
piaoOgy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekar
Views : 6921 Replies : 10
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 30941 Replies : 32
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67022 Replies : 507

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.171856 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list