CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3701|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Nampak untung jutaan ringgit, tapi tidak boleh keluarkan duit

[Copy link]
Post time 26-10-2023 03:58 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Polis menerima tiga kes penipuan pelaburan dalam talian dan satu emel berkaitan pautan meragukan atau 'phishing' membabitkan kerugian RM12.45 juta minggu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yusoof berkata, kes pertama membabitkan seorang pengarah syarikat yang terpaksa berputih mata apabila kerugian lebih RM7 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan mata wang kripto sejak Julai lalu.

Katanya, mangsa berusia 52 tahun itu menyertai kelas dalam talian berkaitan pasaran stok pada Jun lalu.

"Pengadu kemudian dinasihatkan untuk menceburi pelaburan mata wang kripto menggunakan platform 'Yoamex' dan membuka akaun pada Julai lalu dengan jumlah keseluruhan pelaburan RM7.1 juta.

"Melalui laman sesawang pelaburan itu, pengadu dapat melihat akaunnya menjana keuntungan sehingga AS$13.7 juta atau RM65.58 juta," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JSJK Bukit Aman, di sini, hari ini.

Ramli berkata, pengadu memaklumkan dia tidak dapat membuat pengeluaran pelaburan itu kerana didakwa terdapat siasatan sedang dijalankan di bawah pengubahan wang haram.

"Selain itu, mangsa juga diminta membuat bayaran tambahan sebanyak lima peratus daripada jumlah keuntungan pelaburan iaitu AS$683,893 atau RM3.2 juta," katanya.

Sementara itu, Ramli berkata, pihaknya menerima satu lagi kes membabitkan pelaburan mata wang kripto membabitkan kerugian RM2.75 juta membabitkan seorang pesara tentera berusia 75 tahun.

Katanya, mangsa tertarik dengan iklan pelaburan mata wang kripto yang dilihatnya pada iklan di Facebook pada Mei lalu sebelum dihubungi individu selepas menekan pautan iklan berkenaan.

"Seorang individu memperkenalkan diri sebagai penasihat pelaburan itu kemudian menawarkan pakej pelaburan menjanjikan pulangan tinggi dalam masa beberapa hari.

"Dalam kes ini, mangsa juga hanya dapat melihat keuntungan diraih secara dalam talian menerusi laman sesawang, namun tidak dapat membuat sebarang pengeluaran wang," katanya.

Menurutnya, satu lagi kes diterima pihaknya adalah membabitkan seorang ahli perniagaan berusia 19 tahun yang kerugian RM1.43 juta apabila menyertai pelaburan yang diiklankan menerusi Instagram pada Mei lalu.

"Pengadu tertarik dengan pakej pelaburan itu yang bernilai antara RM2,800 hingga RM6,738 setiap slot dengan keuntungan ditawarkan sehingga RM70,000 dalam tempoh tiga bulan.

"Mangsa kemudian membeli sebanyak 54 slot pelaburan tetapi tidak menerima keuntungan dijanjikan," katanya.

Menurutnya, mangsa juga diminta membuat bayaran RM431,000 bagi mengupah pengawal keselamatan untuk mengiringi penghantaran wang tunai sebanyak RM60 juta kepadanya,

"Namun, selepas bayaran dibuat, wang tunai dijanjikan tidak diterima oleh mangsa," katanya.

Beliau berkata, satu lagi kes membabitkan seorang ahli perniagaan berusia 40 tahun yang kerugian RM1.17 juta dalam urusan pembelian alat pemancar FM.

"Mangsa berurusan dengan sebuah syarikat di Amerika Syarikat bagi urusan berkenaan dan hasil perbincangan, pihaknya diminta membuat pembayaran sebanyak RM1.17 juta ke dalam satu akaun bank diarahkan.

"Selepas pembayaran dibuat, pengadu menghubungi syarikat terbabit, namun dimaklumkan invois diterima oleh syarikat mangsa adalah palsu.

"Semakan dilakukan mendapati alamat emel yang berurusan dengan syarikat pengadu adalah berbeza dengan dua huruf berbanding alamat sebenar syarikat terbabit," katanya.

Menurutnya, semua kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... oleh-keluarkan-duit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190815 Replies : 7000
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112070 Replies : 4892
[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji Min, Lee Joon Hyuk ~ 3 January 2025
Rahah[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji M
Views : 61846 Replies : 311
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18506 Replies : 18
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11615 Replies : 18
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 23910 Replies : 12
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24925 Replies : 122
Ogy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekarang Garang!
piaoOgy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekar
Views : 6921 Replies : 10
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 30941 Replies : 32
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67022 Replies : 507

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.120773 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list