CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1245|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] ‘Ada kondominium ternama biarkan sindiket scammer beroperasi’

[Copy link]
Post time 24-10-2023 12:37 PM | Show all posts |Read mode

Allaudeen ketika ditemui pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Polis Kuala Lumpur, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur meminta pihak pengurusan kondominium mewah di seluruh ibu negara mengambil maklum berhubung lambakan sindiket ‘calling centre’ yang berselindung di premis tersebut.

Ia susulan beberapa siri serbuan dilakukan pihaknya dalam tempoh dua bulan baru-baru ini mendapati majoriti sindiket penipuan tersebut beroperasi di kondominium ternama.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, Badan Pengurusan Bersama (JMB) serta Perbadanan Pengurusan (MC) bangunan tersebut perlu mengambil berat berhubung modus operandi scammer ini.

Kata beliau, pihaknya tidak menolak kemungkinan penglibatan pengawal keselamatan bangunan yang secara tidak langsung membantu memudahkan pergerakan ahli sindiket keluar masuk premis tanpa pemeriksaan rapi.

“Dalam tempoh tersebut, 343 tangkapan dilakukan dan 10 (kes) sudah dituduh, kita agak bimbang dengan semua tangkapan ini kerana membabitkan premis mewah, kalau saya sebut nama kondominium ini anda semua pasti terkejut.

“Kita tidak menolak kemungkinan akan melakukan pemeriksaan terhadap pengawal keselamatan kodominium tersebut, kita percaya ada mereka yang terlibat dengan sindiket ini.

“Bagaimana sebuah kondominium mewah boleh membenarkan individu warga asing untuk keluar masuk premis itu dengan mudah? saya sarankan pihak pengurusan ambil maklum isu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Polis Kuala Lumpur, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Tegas Allaudeen, tindakan tegas diambil bagi menjaga keharmonian serta memastikan Kuala Lumpur tidak dijadikan sebagai hab utama sindiket calling centre beroperasi.

“Kondominium ini berterabur di seluruh Kuala Lumpur, kita sedang berusaha untuk bekerjasama dengan pengurusan kondominium ini.

“Kita tak mahu Kuala Lumpur terus menjadi lubuk sindiket calling centre beroperasi, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah sudah digerakkan untuk membanteras sindiket habis-habisan,” katanya.-KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... scammer-beroperasi/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190815 Replies : 7000
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112070 Replies : 4892
[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji Min, Lee Joon Hyuk ~ 3 January 2025
Rahah[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji M
Views : 61846 Replies : 311
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18506 Replies : 18
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11615 Replies : 18
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 23910 Replies : 12
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24925 Replies : 122
Ogy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekarang Garang!
piaoOgy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekar
Views : 6921 Replies : 10
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 30941 Replies : 32
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67022 Replies : 507

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.108472 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list