CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1022|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Boleh saya berkenalan?

[Copy link]
Post time 24-10-2023 10:45 AM | Show all posts |Read mode

Ummi Safiyyah, 25, adalah pemotong ayam yang berkerja di gerai sepupunya di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur. FOTO NOOR HIDAYAH TANZIZI

Kuala Lumpur: "Saya sudah biasa dengan bau di pasar basah dan tidak kisah menghabiskan masa di sini biarpun ramai juga yang selalu bertanya kenapa tidak memilih kerja lain kerana saya masih muda," kata Ummi Safiyyah Baharudin.

Ummi Safiyyah, 25, yang bekerja sebagai pemotong ayam di gerai sepupunya, Nur Farah Izzati Halim, 25, di Pasar Raja Bot atau lebih dikenali sebagai Pasar Chow Kit di sini, tidak memilih kerja biarpun memiliki rupa paras menarik.

Wanita yang berasal dari Sentul itu berkata, dia tidak pernah memilih kerja kerana yang lebih penting, ia halal.

Menurutnya, sebelum ini, dia pernah berkerja di pejabat sebelum membantu Nur Farah Izzati sejak dua tahun lalu.

Dia kemudiannya berkerja sepenuh masa di gerai berkenaan.

"Saya memang suka kerja ini kerana ia memerlukan kemahiran tersendiri. Saya ambil masa tiga bulan untuk memahirkan diri memotong ayam dengan cara serta teknik yang betul supaya pelanggan puas hati.

"Ramai yang terkejut melihat saya dan sepupu yang masih muda menjual ayam kerana peniaga ayam di sini sebahagian besarnya adalah lelaki manakala wanita pula agak berusia," katanya.

Menurut Ummi Safiyyah, ada juga pelanggan yang mengusik termasuk mahu berkenalan namun dia faham yang ia hanya sekadar gurauan antara peniaga serta pelanggan.

"Usikan memang ada namun kami tahu ia sekadar gurauan," katanya.

Ummi Safiyyah berkata, biarpun masih muda, dia tidak malu berkerja di pasar basah kerana memang minat berniaga.

"Biasalah, duduk di pasar ini ada baunya. Apatah lagi saya pula potong ayam yang pastinya ada sedikit bau hanyir ayam yang melekat di baju.

"Tetapi, saya tidak kisah kerana sudah biasa malah gembira berkerja di sini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... leh-saya-berkenalan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190815 Replies : 7000
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112070 Replies : 4892
[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji Min, Lee Joon Hyuk ~ 3 January 2025
Rahah[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji M
Views : 61846 Replies : 311
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18506 Replies : 18
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11615 Replies : 18
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 23910 Replies : 12
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24925 Replies : 122
Ogy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekarang Garang!
piaoOgy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekar
Views : 6921 Replies : 10
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 30941 Replies : 32
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67022 Replies : 507

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.038808 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list