CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5335|Reply: 68

Kata Dapat Peruntukan RM70,000 Tapi Tandas Sekolah Masih Jijik Dan Jelik

[Copy link]
Post time 23-10-2023 05:45 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Walaupun sudah menerima peruntukan daripada Kementerian Pendidikan (KPM), seorang wanita kecewa melihat keadaan tandas sekolahnya yang kotor dan masih belum dibaik pulih.


Menurutnya, hantaran tersebut dimuat naik untuk menunjukkan keadaan sebenar tandas sekolah di tempatnya yang berada dalam keadaan tidak memuaskan.






“Katanya dapat peruntukan RM70,000 untuk baik pulih tandas setiap sekolah. Tapi, inilah tandas sekolah kami,” katanya dalam ruangan kapsyen.


Di ruangan komen, orang ramai menggesa pengguna tersebut supaya membuat laporan terus kepada KPM supaya mereka dapat melakukan siasatan lanjut.


Dalam pada itu, ada juga yang mengadu tentang keadaan tandas sekolah anak masing-masing yang belum dibaik pulih.


“Sama dengan keadaan tandas di sekolah anak saya. Tunggu dua bulan tetapi tidak ada sebarang perubahan. Sampaikan anak sanggup tahan daripada buang air di sekolah,” kata Are Nis.


“Mohon menteri, Fadhlina Sidek turun padang dan lakukan ‘spot check’ kerana masih ada tandas sekolah yang masih berada dalam keadaan yang tidak memuaskan,” kata Shameer.


“Buat laporan sahaja. Tapi kena telus, bagi tahu sekolah mana. Gambar ini gambar bila? Apa-apapun kita bersangka baiklah ya,” kata Embah.


Kini, hantaran tersebut telah menerima 321 tanda suka dan 331 komen.


Julai lalu media melaporkan, KPM mengagihkan peruntukan RM70,000 kepada setiap sekolah di seluruh negara.


KPM dalam masa sama, memberi tempoh tiga bulan kepada setiap sekolah untuk menyelesaikan kerja-kerja penyelenggaraan tandas untuk keselesaan setiap pelajar. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2023 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ak dlu suka guna tandas cikgu.. Haha.. Tgk line clear, baru masuk. Klu tandas pelajar laaaaa... Xda getah paip. Taik sepah2... hancing... Geli... Air xda...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku try jugak tanya anak toilet cantik ke belum?  Dia ckp lantai tak tukar pun.. dinding cat kuning. Satu toilet je buat tp dia tak puas hati sbb still buruk mcm tak renovate hahahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni bukan salah PM.

Ni salah kontraktor.

Macam kat sekolah aku.

Lagik helok pintu tandas lama banding yang baru. Ntah hapa2 deols upgrade. Macam downgrade hada la. Dasar makan duit.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kwn aku cets ada sekolah yg lawokan tandas guru.tak nak baik pulih kerosakan2 tandas2 lain..patut gunakanlah utk baiki kerosakan tandas2 sedia ada.daripada ubah tandas guru kpd tiles apa semua..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 07:24 PM | Show all posts
Harap ada team yg boleh pantau kerja-kerja ni terutamanya dari jabatan peringkat negeri dan jabatan sokongan peringkat daerah.

Laporan kerosakan kena ada.
Dengan RM70k yg tak seberapa tu, boleh beri keutamaan pada item-item yg kritikal.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2023 07:27 PM | Show all posts
Adakalanya skolah dapat peruntukan sikit, dibantainya repair kolam ikan... landskap baru... taman baru... siarkaki berbumbung dan lain-lain.
Kesian kat budak-budak nak gi tandas pun segan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Kahkahkahh fadan muke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2023 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Isk..isk....lawa lg jamban jaman iols sekolah dulu...heran betul la...naper la jamban2 sekolah skang nak berak pun tak lalu taww....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 07:34 PM | Show all posts
baca komen forumer aku dah terbayang pengetua2 atau guru2 besar ni memang kaki scam jugakkah... atau terlalu bengap. kan dah ada standard orang tayang di medsos tandas sekolah yang sepatutnya selepas direnovate gambar yang ada pm anwat datang melaawat .. cepatlah buat atau kalau belum bagi tau apa sebab
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 08:00 PM | Show all posts

Kau padankan muka PMX kaa, bebudak skolah kaa, atau cikgu-cikgu...?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
mawarika replied at 23-10-2023 05:57 PM
Aku try jugak tanya anak toilet cantik ke belum?  Dia ckp lantai tak tukar pun.. dinding cat kuning. ...

Semua sekolah ke dapat peruntukkan 70k tu?
Ingatkan sekolah tertentu je
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Sendiri rosakkan tandas sendiri repair lah, budak2 perlu diajar bertukang repair tandas repair paip repair pintu
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 23-10-2023 05:59 PM
Ni bukan salah PM.

Ni salah kontraktor.

Kannn..... 70K turun dari Fadlina, nak sampai ke sekolah tu kena lalu berapa tol agaknya? By right, 70K tu kena secantik tandas KLCC Yang premium tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
MisXoXo replied at 23-10-2023 06:13 PM
Kwn aku cets ada sekolah yg lawokan tandas guru.tak nak baik pulih kerosakan2 tandas2 lain..patut gu ...

As far as I'm concerned, tandas yang 70K tu bukan tandas guru atau murid, tapi untuk semua, termasuk pakcik jaga dan makcik kentin. Tapi ada dualah, untuk lelaki dan pompuan, transgender tak diiktiraf. Betul tak Chazey?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
tandas sekolah bknnya satu biasanya...
setiap blok dan setiap tingkat biasanya ada tandas..lelaki perempuan...mmg x cukup rm70k nak baiki semua..maybe akan ada 1@3 je tandas blok@tingkat yg dpt diupgrade.

mcm sekolah kami, ada 3 blok..setiap blok ada 4 tingkat..bygkan bape byk tanfas nak baik..tandas pun bknnya 1..setiap dlm tu ada 3@4 cubicle, sinki 4@5 lagi...

mmg x cukup kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2023 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 23-10-2023 04:29 PM
Zeatyisaac replied at 23-10-2023 12:27 PM
As far as I'm concerned, tandas yang 70K tu bukan tandas guru atau murid, tapi untuk semua, termas ...


IKat sekolah aku, semua tandas kena 'repaired'. Tandas guru dan pejabat am yang dah sediakala helok cantik pun deols repair. Tak faham aku. Pengetua lak lurus bebenau, luluskan aje projek tandas. Pehtu dia tak tengok pun kontraktor tu buat keja.  Masih tak reti selok belok dunia management SMK si pengetua aiols yang baru setahun jagung jadik pengetua ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 08:28 AM | Show all posts
alah.. macam tak tau malaysia ni..

70k turun bawah tinggal 30k... kasi kontraktor dia sub2 soiii 15k ke...subkon cari la barang2 rejek, murah kasi pasang...

sebulan dua hancur balik pintu, jamban, paip semua
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
kalo salur melalui ppd, payah ler..
depa mmg dh ada kontraktor sendiri. dpt pun ciput je sampai ke skolah.
skolah kami mmg ada kutipan dari setiap guru ikut gred utk baiki fasiliti mcm ni. nk tggu peruntukan dari kpm.. jenuh la
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
kena tahu ada sekolah, tandasnya banyak mana sama sekolah yang kurang murid
ada sekolah, loji tandas dah tersumbat kena baiki itu dulu
aku x fikir ppd berani songlap rm70k tu zaman viral mcm ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:51 AM GMT+8 , Processed in 0.113329 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list