CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2369|Reply: 0

[Kedah] Syor beri subsidi benih padi sah terus kepada pesawah

[Copy link]
Post time 22-10-2023 05:23 PM | Show all posts |Read mode

Foto hiasan

ALOR SETAR: Badan Bertindak Petani Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) mendakwa isu kelewatan agihan benih padi yang berlarutan sejak sekian lama berpunca daripada manipulasi pihak pengeluar benih padi sah (BPS) yang menunggu subsidi daripada kerajaan.

Sehubungan itu pengerusi badan bertindak, Che Ani Mat Zain, berkata kerajaan digesa menyalurkan subsidi BPS terus kepada pesawah bagi mengatasi isu berkenaan.

Katanya, pengeluar akan menahan bekalan BPS yang seharusnya diterima pesawah mengikut jadual ditetapkan sehingga bayaran subsidi diterima mereka.

"Subsidi benih padi itu jangan diberi kepada pembekal, mereka ini hanya berebut mahukan subsidi, jadi adalah lebih baik subsidi ini terus diberikan kepada petani dan kerajaan tetapkan harga silingnya.



"Saya yakin apabila subsidi BPS diterima pesawah, pembekal akan bersaing untuk keluarkan benih padi yang lebih berkualiti dengan harga berpatutan selain dapat diagihkan mengikut jadual tanaman," katanya ketika dihubungi BH hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas langkah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk melaksanakan penyelarasan harga kawalan maksimum baharu bagi program Insentif Benih Padi Sah (BPS) di semenanjung.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu dilaporkan berkata, melalui tindakan itu harga maksimum di pintu gudang syarikat pengeluar BPS diselaraskan daripada RM31 kepada RM40 bagi setiap kampit 20 kilogram (kg).

Bagi peringkat peruncit pula, katanya, harga maksimum benih padi sah diselaraskan daripada RM35 kepada RM45 per kampit 20 kg.

Mengulas lanjut, Che Ani berkata pelaksanaan bayaran subsidi terus kepada pesawah dilihat mampu memastikan bekalan BPS dapat diagihkan segera mengikut jadual musim tanaman.

Katanya, harga maksimum benih padi sah di peringkat peruncit perlu diselaraskan daripada RM35 kepada RM45 per kampit 20 kg dengan ia masih lagi berpatutan berbanding harga benih di pasaran gelap yang mencecah antara RM60 hingga RM70 per kampit.

"Isu BPS ini sudah berlarutan sekian lama, contohnya musim kedua tahun ini pesawah sepatutnya sudah memulakan proses menabur benih padi pada 26 September lalu, namun ada pesawah tidak dapat berbuat demikian kerana tiada bekalan BPS.

"Benih padi sepatutnya diedarkan pada pertengahan bulan lalu, akibat tiada BPS, pesawah terpaksa dapatkan benih padi pasaran gelap dengan harga yang sangat tinggi antara RM60 hingga RM70 sekampit yang akhirnya menyebabkan kos pesawah meningkat," katanya.

Selain itu, Che Ani turut mencadangkan peranan Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras diperkasakan bagi mengelak pesawah terus dipermainkan apabila tiba musim menabur benih padi.

"Kami menyertai banyak mesyuarat dengan pelbagai pihak dan agensi termasuk Bahagian Kawal Selia Padi, tapi akhirnya tiada kesudahan dan tindakan yang tegas.

"Pesawah yang banyak menanggung rugi dengan kos menanam padi yang semakin meningkat menyebabkan pesawah semakin tertekan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... erus-kepada-pesawah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.880736 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list