CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1513|Reply: 22

"Orang Palestin Buat Kenduri Apabila Tahu Ahli Keluarga Mereka Mati Syahid,"-Ustaz Azhar Idrus

[Copy link]
Post time 20-10-2023 09:31 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA –  Ustaz Azhar Idrus berkata, mati syahid adalah nikmat yang paling ‘sedap’ dalam dunia yang ramai orang tak tahu.


Katanya Umat Islam di Palestin merupakan golongan yang sangat istimewa kerana sudah dijanjikan oleh Allah untuk membawa 70 ahli keluarga untuk ke syurga abadi setelah mati syahid.


Foto: IG




Jika rakyat di Palestin mendapat perkhabaran anak atau ahli keluarga meninggal dunia, satu jamuan bergembira akan diadakan kerana tahu betapa besarnya nikmat mati syahid itu.


“Umat Islam di Palestin sangat istimewa sebab merekalah paling ramai jamin masuk syurga. Setiap seorang yang berperang dengan rejim Zionis, dia boleh bawa 70 orang masuk syurga. Sebab itu orang Palestin akan sembelih unta, sembelih lembu untuk buat kenduri apabila tahu ahli keluarga mereka mati syahid.


“Secara fitrahnya, memang ramai yang anggap mereka sengsara dan persoalkan bila akan habis penderitaan mereka. Itulah ujian, Allah angkat martabat orang Palestin ini, Allah sangat kasih kepada mereka. Dia lebihkan bala kepada mereka.


“Orang yang paling banyak dapat musibah tanda orang yang paling banyak dapat kasih sayang Allah. Ini Nabi sebut dalam hadis sahih. Sebab itu orang yang paling banyak Tuhan turunkan bala adalah para nabi, tanda Tuhan sayang,” katanya dalam satu video ceramah yang dimuat naik di aplikasi TikTok.


Tambahnya, Allah beri kemuliaan orang Palestin untuk merasai nikmat paling sedap di dunia iaitu mati syahid yang mana nikmat tersebut sukar didapati pada umat Islam di negara lain.





“Nabi kata orang yang mati syahid ni, dia minta dengan Allah nak hidup sekali lagi sebab nak rasa sekali lagi mati itu sebab mati syahid sedap sangat. Sebab itu orang rindu kepada syahid.


“Ramai anggap mereka derita sebab peperangan yang tidak berkesudahan, tetapi hakikatnya kita (rakyat Malaysia) lagi derita sebab pelbagai larangan syarak berleluasa seperti LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender), ketagih arah, pintu masjid pun tak kenal,” ujarnya.


Mengulas lanjut, Ustaz Azhar Idrus berkata, klimaks kekalahan Yahudi di seluruh dunia adalah apabila terbitnya Imam Mahadi pada bila-bila masa sahaja.


“Nasihat saya jangan sebut dengan takdir contohnya sebut akan muncul pada tahun sekian-sekian. Ia salah di sisi syarak, kita tidak tahu yang ghaib melainkan Allah,” katanya. –CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2023 09:40 AM | Show all posts
“Ramai anggap mereka derita sebab peperangan yang tidak berkesudahan, tetapi hakikatnya kita (rakyat Malaysia) lagi derita sebab pelbagai larangan syarak berleluasa seperti LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender), ketagih arah, pintu masjid pun tak kenal,” ujarnya.


forumer gay pun ramai
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
syurga tanpa hisab
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols Saja tengok2 bendera dalam wasap
Now dah ada plak transgender punya bendera kan..
Iols tengok memula eh cantik nya kaler Ni..negara mana..
Skali google..Cait..transgender
Pui pui puiiii
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Iman aku mmg rapuh laa.. aku tak sggup pi palestin...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu soklan.. kalo dah suke syahid.. nape aku tgk pompuan palestin nangis nangis smbil nyumpah nyumpah yahudi.. pas tuu nyumpah org arab sbb tak nak tolong.. pas tuu nyumpah org islam sbb buat bodo jee.. konpius akuu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2023 10:25 AM | Show all posts
Buritan replied at 20-10-2023 10:11 AM
Satu soklan.. kalo dah suke syahid.. nape aku tgk pompuan palestin nangis nangis smbil nyumpah nyump ...

bangkem lagi pelik nape UAI tak bawak ahli keluarga beliau berpindah ke palestin
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 20-10-2023 10:25 AM
bangkem lagi pelik nape UAI tak bawak ahli keluarga beliau berpindah ke palestin

Hahaha lg sial punya bangkem..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2023 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan: Satu soklan.. kalo dah suke sy ...


I feel you...bak kata bbnu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 20-10-2023 10:25 AM
bangkem lagi pelik nape UAI tak bawak ahli keluarga beliau berpindah ke palestin

Jgn kata bwak ahli kluarga, dia sndri nape xpergi??? Ceciter....
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
AkokKocik replied at 20-10-2023 02:15 PM
Jgn kata bwak ahli kluarga, dia sndri nape xpergi??? Ceciter....

Sbb iman dia tak kuatlah, indirectly dia mengaku. Orang yg yakin dgn janji Allah saja berani nak pi berperang utk dpt syahid...tu pun kena niat dia nak menegak Agama Allah di bumi Palestinelah. Kita di Malaysia dgn semua senang ni blh bilang dgn jari kot siapa nak berperang kerana nak tegakkan Agama Allah
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 02:37 PM | Show all posts
so dalam kata lain, kita tak perlu la berteriak tangis buat demo buat kempen yisrel koyak......sbb itu yang or philistin nak kan....mati syahid.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 02:39 PM | Show all posts
senang ke nak join perang kat sana?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 02:48 PM | Show all posts
mcm tak best plak cakap gitu. macam nak kata  xpayah susah2 tolong la. diorang hepi2 je mati kena bom.
1 lagi orang dok viral kan kata2 orang palestin kononnya - bukan kami yg patut kamu kesiankan tapi kesian la diri kamu sendiri sebab kami dah jumpa jln ke syurga.
serius la org palestin kata mcm tu. egonya..
dah tu kenapa jerit2 mana dunia? mana arab?mana muslim semua?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
adakah semua org palestin ni mmg dijanjikan syahid??? caner kita nak tau depa tu syahid?? bkn hanya Allah je yg blh tentukan syahid seseorg tu?
ke asal org palestin yg lawan israel je automatik syahid??  
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
ada tgk kat TT ada mayat yg mati syahid ni dorang kata berbau harum satu mayat tu..gembira betul dorang bercerita psl ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2023 03:01 PM | Show all posts
ooo begitu. baik lah.... speechless iols...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 20-10-2023 02:54 PM
adakah semua org palestin ni mmg dijanjikan syahid??? caner kita nak tau depa tu syahid?? bkn hanya  ...

Aku nk ckp menda yg sama.
Tp sel² otak xmau bhubung.
Igt semudah tu je ko dpt lepas ke sorga tanpa hisab??
Syahid or tak bg aku rahsia Allah.
Yg hidop lg toksah fefeeling canang itu syahid sana syahid begitu begini syahid.
Tp uai khuenss..wadduyu ekspek.
Dia kn pakar jatoh hokom

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 10:51 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 03:33 AM | Show all posts
Aku dah pening dengan CI ni.
Forummer xde nama dok up thread lama
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.285640 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list