CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2218|Reply: 25

Wanita Beranak Dalam Lori Tangki Di Tepi Lebuh Raya LPT

[Copy link]
Post time 20-10-2023 09:10 AM | Show all posts |Read mode
Sekumpulan anggota kesihatan membantu menguruskan wanita yang baru melahirkan anak di dalam sebuah lori di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) .


Dr Aliff Zaki berkongsi Momen yang dianggap pengalaman berharga sewaktu 'beraksi' bersama dua jururawat di KM121 menghala ke Kuantan, Pahang itu di laman X.


Foto: X




"Dapat panggilan ada kes nak bersalin dalam lori di lebuhraya Kuantan. Maklumat pasal ibu minimum.


"Sepanjang persiapan di klinik, dua hingga tiga kali semak senarai barang-barang kerana expect for worst," ujarnya.


Sewaktu dalam perjalanan menaiki ambulans, Dr Aliff dan pasukannya mula berteka-teki tentang keadaan ibu dan bayi di lokasi.







Setiba di lokasi, kelihatan dua orang pegawai polis trafik sudah mula menjaga lalu lintas dengan keadaan pintu lori terbuka luas.


"Nampak di rumput ada pakaian yang berlumuran darah dan najis. Bau tu memang tak disangkal kepekatannya.


"Tanya pasangan (si suami), mana si ibu? Diberitahu ada dalam lori, di tempat duduk belakang jawabnya.


"Memanjat lori bersaiz Optimus Prime (besar)... nampak dua susuk tubuh terbaring. Si ibu pejam mata, dan ada jasad kecil dicelah kangkang. Hati dah berdebar," cerita Dr Aliff lagi.


Mendengar sahutannya dan respons sewaktu memanggil si ibu membuatkan hati doktor dan pasukannya kembali lega.


Namun, tumpuan mereka beralih pula kepada si anak yang tidak lagi bergerak.


"Saya pegang kaki bayi, jentik tapak kaki, keluar suara kecil menangis. Hati kembali lega, peluh jantan tak jadi keluar.


"Saya teruskan prosedur potong tali pusat dan lain-lain. Bayi tu saya bungkuskan dengan kain tuala dan bawa keluar daripada lori. Pesakit diambil alih oleh SN (staff nurse) Sue.


"Mencuci darah, periksa tahap koyak dan membersihkan ibu setakat boleh. JM (Jururawat Masyarakat) Azlina tunggu dekat luar untuk keperluan lain-lain," katanya.


Selepas tugas membantu di lokasi selesai, ibu bersama anak yang baru dilahirkan dibawa ke dewan bersalin Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh di Pahang untuk rawatan lanjut.


Rata-rata netizen memberikan pujian dan melahirkan rasa kagum kepada doktor dan jururawat yang berjaya menguruskan situasi tersebut.


"Terima kasih atas jasa tuan, puan jururawat dan semua abang trafik yang membantu. Kalian the best.


"Terbaik pasukan kesihatan. Mak bapa tak dapat free toll LPT seumur hidup ke?," demikian antara komen netizen. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2023 09:33 AM | Show all posts
OMG Dr.Alepppp.........meols crushhhhh...



Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 10:18 AM | Show all posts
gila la.. nak dekat waktu bersalin lagi nak ikut laki bawa lori..
ke anak prem?
syukur semua selamat..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 10:24 AM | Show all posts
prince_marhaen replied at 20-10-2023 09:33 AM
OMG Dr.Alepppp.........meols crushhhhh...

ko ni pantang nampak orang ensem, senang tercirit
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 10:26 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 20-10-2023 10:18 AM
gila la.. nak dekat waktu bersalin lagi nak ikut laki bawa lori..
ke anak prem?
syukur semua selamat ...

apa maksud anak prem?


aku syak isteri ke 2 atau ke 3..


abg2 lori ni biasa ada lebih dr 1 isteri maklum la, selalu outstation, luar daerah...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 10:34 AM | Show all posts
tahniah Doctor & team & abam polis .
welcome to dunia tipu2 baby comel .
dlm surat beranak nnti tempat lahir , tulis LPT kah ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2023 10:35 AM | Show all posts
Syukur kedua2nya selamat..tahniah pada dr dan jururawat serta polis trafic semua
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah selamat, fuh ngeri dia teran masa bersalin tu dgn suami je la ye.. nsb baby ok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2023 10:38 AM | Show all posts

anak premature or tak cukup bulan..

kalau betul bini bernombor, harap tak kantoi la dengan bini tua abang lori
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 10:42 AM | Show all posts
Edited by salimrock at 20-10-2023 10:43 AM
prettyuglybabe replied at 20-10-2023 10:38 AM
anak premature or tak cukup bulan..

kalau betul bini bernombor, harap tak kantoi la dengan bini t ...

oh anak premature,

ye la ada yg cakap dlm 7 bulan pn silap2 boleh bersalin, jd hati2 la bila berjalan bila dah smpai usia kandungan 7 bulan,


kalo kantoi pn nak buat cam ne, dah ada anak..reddho je la

ada pepatah mengatakan

adalah lebih mudah meminta maaf dari meminta izin utk kawin lain...


renung2 kan lah...dan selamat maju jaya
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 06:21 PM | Show all posts
Tahniah kpd parents.

Happy birthday baby!
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
First time dengar beranak dalam lori...mujur la selamat ibu n baby...confirm jadi kenangan seumur hidup
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 20-10-2023 10:18 AM
gila la.. nak dekat waktu bersalin lagi nak ikut laki bawa lori..
ke anak prem?
syukur semua selamat ...

Kalau anak perempuan atau lelaki sedap bagi nama Lorry.

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 20-10-2023 07:48 PM
Kalau anak perempuan atau lelaki sedap bagi nama Lorry.

kalau pompuan bg nama pnjg sket...Lorelai, nama manja Lorry

btw, tahniah abam lori dan isteri dpt baby.
Alhamdulillah selamat semua
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 20-10-2023 08:02 PM
syamzana replied at 20-10-2023 07:55 PM
kalau pompuan bg nama pnjg sket...Lorelai, nama manja Lorry

btw, tahniah abam lori dan isteri d ...


Laurel pun boleh...tapi kalau beranak kat tepi rel keretapi lagi cantek
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2023 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Baby ni besar ade ong jadi jadi drebar lori..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2023 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
aku yakin kalau perempuan baby ni akan diberi nama mikayla. bersepah baby girl tahun ni nama mikayla
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2023 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Hebat Dr alippp..lps dia tutup tt trus trknl LG tanpa disangka...Rezeki tak slh address giteww
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2023 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 20-10-2023 07:55 PM
kalau pompuan bg nama pnjg sket...Lorelai, nama manja Lorry

btw, tahniah abam lori dan isteri d ...

Dah bunyi macam Loreàl Paris pulok
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2023 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
mere yanna tangki satti kurayya marpudel kilometer kalalla

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.210934 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list