View: 578|Reply: 0
|
[Kelantan]
Adun gesa Perhilitan tambah kakitangan di Gua Musang
[Copy link]
|
|

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib
Gua Musang: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) disaran menambah anggota dalam usaha menangani kes konflik hidupan liar yang kerap berlaku di daerah ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim berkata langkah itu perlu memandangkan beberapa kes kematian membabitkan serangan haiwan liar ke atas haiwan ternakan dan penduduk berlaku sejak awal tahun ini.
Justeru katanya bilangan anggota dan kumpulan sokongan Perhilitan di daerah yang adalah jajahan terbesar di negeri ini perlu ditambah, bagi memastikan kakitangan mencukupi, khususnya jika berlaku beberapa kes serentak.
"Sepanjang tahun ini sudah banyak kes gangguan gajah yang kita terima tidak hanya di perkampungan Orang Asli, tetapi juga di kawasan kebun seperti di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Sungai Terah dan Felda Perasu.
"Kejadian ini ada masanya berlaku secara serentak dan lokasi berbeza yang memerlukan pembabitan ramai anggota," katanya kepada pemberita di Bandar Utama, di sini hari ini.
Mengulas lanjut Mohd Syahbuddin tidak menolak kemungkinan bahawa konflik yang berlaku adalah kesan daripada aktiviti pembukaan kawasan hutan.
"Realitinya konflik antara hidupan liar dan manusia makin meruncing akhir-akhir ini adalah kerana pembukaan kawasan pembalakan baharu menjadi salah satu puncanya. Perkara ini sudah berulang kali saya sebut, sama ada dalam sidang DUN (Dewan Undangan Negeri) atau kenyataan media sebelum ini," katanya.
Sementara itu, Penghulu Kampung Orang Asli Aring 5 Raina Anjang, 53, berkata penduduk selalunya terpaksa menunggu lama kedatangan pihak Perhilitan ekoran kekurangan anggota agensi terbabit.
"Kami terpaksa hidup dalam keadaan berjaga-jaga dan sentiasa melarikan diri dan mengelak sekiranya bertembung dengan haiwan liar ini sementara menunggu tindakan Perhilitan setiap kali berlaku ancaman kepada penduduk.
"Sepanjang tempoh itu jugalah kami terpaksa hidup dalam ketakutan dan berkurung di dalam rumah sampaikan terpaksa mengambil tindakan sendiri dengan membuat unggun api dan membakar tayar di kawasan rumah, jadi kami berharap supaya aduan yang dibuat cepat mendapat maklum balas daripada Perhilitan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... angan-di-gua-musang |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|