View: 3607|Reply: 32
|
Mana Ada Hantu!-Peniaga Di R&R Perasing LPT2 Rugi Besar, Ramai Takut Nak Singgah
[Copy link]
|
|
Chukai: Seorang peniaga di kawasan Hentian Rehat&Rawat (R&R) Perasing di Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2), Zuraida Mohd Ali memberi komen berhubung dakwaan seorang pemandu lori yang mendakwa berhantu.
Menurutnya dakwaan pemandu lori terbabit yang tular di media sosial sejak minggu lalu itu menyebabkannya serta 20 peniaga di situ mengalami kerugian kerana orang ramai mengambil keputusan tidak berhenti di hentian itu.
Foto: Harian Metro
"Memang berbeza dari kebiasaan kerana pengunjung tidak lagi berani untuk singgah di sini terutamanya waktu malam.
"Kesan daripada dakwaan itu perniagaan kami merudum antara 50 hingga 80 peratus sehingga ada di antara kami terpaksa membuang makanan kerana yang tidak habis dijual," katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, biasanya pendapatan hasil jualannya sekitar RM400 hingga RM500 sehari dan selepas cerita hantu yang ditularkan menyebabkan pendapatannya kini sekitar RM200.
Pekerja kedai makan di R&R itu, Shazliana Mamat, 22, berkata, majikannya sering merungut dengan kekurangan hasil jualan dan terpaksa menggunakan wang yang lain untuk membayar gaji pekerja.
"Kita sebagai pekerja turut bersimpati dengan majikan kami dan berharap pelanggan kembali singgah ke sini.
"Ada peniaga dapat sekitar RM50 sehari dan ada yang mengambil keputusan menutup perniagaannya dengan lebih awal," katanya.
Dia berharap cerita hantu itu bernoktah kerana sepanjang empat tahun berkerja, tidak pernah ada apa perkara yang menakutkan berlaku di situ.
"Majikan dan peniaga lain sangat bimbang berkemungkinan akan gulung tikar sekiranya keadaan itu berlarutan.
"Saya dimaklumkan majikan, dulu sembilan tahun lepas sudah berlaku dakwaan yang sama sehingga R&R ini sepi tanpa pengunjung dan kami sangat bimbang dan berharap supaya cerita hantu itu bernoktah," katanya.
Pengunjung, Zarawi Mamat, 53, yang tinggal di Dungun berkata, sepanjang 10 tahun berulang-alik ke Kuala Lumpur, R&R Perasing menjadi tempat persinggahannya.
"Banyak kawasan R&R saya singgah. Tak kira siang atau tengah malam saya akan singgah di sini dan setakat ini tidak pernah saya bertemu atau diganggu makhluk halus.
"Kita tak nafi dengan makhluk halus memang wujud tetapi sebaiknya perkara itu tidak diperbesarkan demi untuk kebaikan semua pihak," katanya.
Sebelum itu, seorang pemandu lori menceritakan pengalaman diganggu makhluk halus ketika memandu seorang diri dan pengalaman itu dikongsi menerusi satu video dimuat naik di TikTok sehingga meraih 1.6 juta tontonan.
Pemandu itu mendakwa kejadian itu berlaku pada 9 Oktober lalu di sebuah kawasan berhampiran hentian itu. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
jin kat mane² pun hadooo
seram dgn tak je [em:3:] |
|
|
|
|
|
|
|
kat mesia buangggggg makanan
kat palestine kebulur tak makan..sakit dok sepital pun kne bommmm
kat mesia merungutttt susah carik parking kat sepital
indah nya donyaaaaa... |
|
|
|
|
|
|
|
i suspect pemandu lori high sbb ambil barang which is VERY famous among them... hujung2 org lain terima akibat... |
|
|
|
|
|
|
|
R&R Perasing tu jauh ke dalam. Malas nak singgah. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau gi ganu memang suka singgah r&r ni
takde orang, tapi itular, kalau tengah malam kedai pun takde, so nak membeli kena gi stesen minyak kat depan tu sikit |
|
|
|
|
|
|
|
hantu skang dah moden,
dia pun rasa nak healing duduk2 kat RNR
layan pemandangan, sambil kacau2 orang |
|
|
|
|
|
|
|
ini pengalaman kami la yg berhenti rehat kt rnr perasing. suami nk g tandas lalu taman permainan tp buaian kt situ berhayun sendri taman tu memang kosong tak de orang masa tu dlm pukul 11 mlm |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nuralisa at 18-10-2023 04:38 PM
aritu singgah r&r ni.. rasa mcm best je.. sbb lapang dan x de org ..
tapi aku pun x berani singgah siang2 je la kot... dah nak maghrib x berani kot.. hahah |
|
|
|
|
|
|
|
ajinomotonosuga replied at 18-10-2023 12:54 PM
kat mesia buangggggg makanan
kat palestine kebulur tak makan..sakit dok sepital pun kne bommmm
kat Msia gaji rm10 sejam(ada ke?)
kat Ostalia gaji rm70 sejam.
Msia: 1 jam=60 minit
Ostalia: 1 jam=60 minit
#KejamNyaDuniaIni...
|
|
|
|
|
|
|
|
ajinomotonosuga replied at 18-10-2023 12:54 PM
kat mesia buangggggg makanan
kat palestine kebulur tak makan..sakit dok sepital pun kne bommmm
Tak bazir sgt pun... those food waste are being composted utk dijadikan baja compost and diberi pada para petani...
90 sen sekilo compost... ada yang gomen negeri sponsor.. ada yang pengusaha ladang beli...
Aku kagum dgn circular ekonomi malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Peniaga tu kena pakat ramai-ramai saman driver lori tu sampai bangkrap |
|
|
|
|
|
|
|
kat mesia wanita tunjuk cleavage...
kat palestine, wanita hilang cleavage...
aji sihat ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku balik dungun, klu terdesak nk guna toilet baru singgah. Klu tak mls nk singgah situ. Jauh sikit ke dlm rnr nye |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh sapa yg takut dgn hantu... |
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline replied at 18-10-2023 04:54 PM
kat mesia wanita tunjuk cleavage...
kat palestine, wanita hilang cleavage...
sihat adikku ipannnn..alhamdulillahhh
|
|
|
|
|
|
|
|
batmana replied at 18-10-2023 04:46 PM
Peniaga tu kena pakat ramai-ramai saman driver lori tu sampai bangkrap
Setuju.
Sebelum saman....suruh dia buktikan memang ada hantu naik lori dia kat situ.
Gerenti cakap pusing2 punya
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian peniaga... betul maybe ada kt situ, mengikut penceritaan orang...cara terbaik berniaga kt sini adalah konsep mobile truck / van mcm kita selalu nmpk kt hentian sebelah highway Plus...kt Perasing ni tak perlu kot sewa kedai, tak berbaloi sbb crowd tak seramai Plus Utara Selatan... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by jfq at 18-10-2023 10:55 PM
Tp aku tak suka jenis RR mcm perasing ni yg toilet kat belakang camtu.
Malam2 kalau sunyi tak tau la siapa ada dlm cubicle yg lain. Takut kena samun aje.
Sama mcm toilet kat LATAR rnr. Tercampak ke belakang |
|
|
|
|
|
|
|
Smpai skrg i fikir sapa la bengap lukis pelan utk r&r ni. Punya jauh ke dlm utk standard r&r. Kalau nk buat mall kecik ke apa paham la lg. Ni r&r semata xperlu la buat jauh smpai ke dlm. Mmg kesian peniaga2 jat situ |
|
|
|
|
|
|
| |
|